top of page

Najib didapati bersalah, mandat rakyat dalam PRU-14 adalah tepat


Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mendapati Najib Razak bersalah dalam kesemua tujuh pertuduhan membabitkan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram membuktikan rakyat membuat keputusan yang tepat selama ini.


Sejak terbongkarnya skandal penyelewangan wang 1MDB, satu persatu salah laku Najib didedahkan.


Beliau selaku Perdana Menteri menggunakan kuasanya untuk menyembunyikan kebenaran, dan mendiamkan segala tuduhan terhadap dirinya.


Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata rakyat sedar bahawa mereka perlu melakukan sesuatu dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).


"Ternyata, keputusan rakyat untuk menjatuhkan kerajaan kleptokrat BN pada PRU-14 adalah pilihan yang tepat. Tanpa tsunami rakyat, semua salah laku ini tidak akan terbongkar.


'Tanpa tsunami rakyat, pesalah tidak akan dibawa ke muka pengadilan.


"Tanpa tsunami rakyat, angka berbillion tidak akan diperoleh daripada Goldman Sachs dan kerajaan Amerika Syarikat," katanya menerusi akaun Facebook rasminya.


Bagaimanapun, Saifuddin menganggap rakyat perlu terus melawan menentang kerajaan Perikatan Nasional (PN).


"Watak-watak yang sama kini mainkan peranan penting dan prominen dalam Kerajaan Perikatan Nasional.


"Rakyat perlu bangkit semula," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page