top of page

Musuh Allah: Aktivis PH buat laporan polis terhadap Zainul Asri



Aktivis Pakatan Harapan (PH) hari ini membuat laporan polis ke atas Naib Ketua Dewan Ulama Pas Kedah, Zainul Asri Romli kerana didakwa mengeluarkan kenyataan hasutan apabila menyamakan musuh politik dengan musuh Allah.


Menurut Ketua Biro Mobilisasi Pusat Media PH, Mohamad Yahya, kenyataan yang dikeluarkan oleh Zainul Asri dalam program Himpunan Kedah Berselawat di Stadium Darul Aman, Alor Setar pada 24 Jun lalu boleh mengelirukan umat Islam dan menjurus kepada amalan takfiri.


"Kita serius ambil beberapa ungkapan dalam ucapan dia dalam perhimpunan tersebut mengatakan bahawa seolah olah memohon Allah selamatkan negeri Kedah dan meghindarkan Kedah jatuh ke tangan musuh Allah.


"Apa yang kita ambil kapsyen musuh Allah itu sebagai satu ungkapan atau doktrin baru kepada rakyat Malaysia bahawa parti Pas-PN sahaja bersama dengan Allah, parti selain PN adalah musuh Allah.


"Dalam konteks Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan sedikit masa lagi, ini adalah satu persekitaran yang sangat tidak sihat kepada keselamatan, ketenteraman dan keamanan negara," katanya dalam sidang media selepas membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Dang Wangi, Kuala Lumpur, pagi tadi.


Bagi Mohamad, permainan politik Pas di Kedah menjelang PRN telah sampai ke tahap yang boleh merugikan rakyat dan mungkin berpotensi mengulangi peristiwa hitam pada 1980an lalu.


Beliau mengingatkan kembali rakyat, akibat pemesongan istilah agama pada 1985 tercetus peristiwa Memali di Baling, Kedah apabila penduduk kampung yang taksub kepada seorang ustaz bertindak menentang pasukan keselamatan sehingga beberapa nyawa orang awam dan anggota keselamatan melayang.


"Oleh itu, kami dari Pusat Media Harapan mengambil inisiatif membuat laporan polis supaya tindakan komprehensif dilakukan pihak keselamatan bagi memastikan istilah istilah ini tidak lagi digunakan oleh parti politik.


"Kita patut hentikan gunakan istilah agama.


"Istilah ini boleh menjurus kepada ekstremisme, keganasan. Di mana kita ada sejarah tahun 1985. Kita melihat istilah jihad, syahid digunakan (dalam konteks keliru) sehingga berlaku apa yang terjadi di Memali. Akhirnya anggota keselamatan terbunuh, orang kampung terbunuh.


"Kita tidak mahu istilah agama ini digunakan dalam konteks kempen PRN negara kita," katanya lagi.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page