top of page

MoU sudah lebih sebulan, tapi masih lembab dan sengaja dilengahkan


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bangkit menyelar kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berhubung kesan positif memorandum persefahaman (MoU) terhadap kestabilan politik negara.


Beliau berkata, kesan positif itu masih terlalu kecil kerana setakat ini masih belum nampak hasil yang benar-benar memberangsangkan.


"Yang Berhormat ada menyebut mengenai MoU untuk kestabilan politik, saya nak beritahu walaupun ada sedikit kemajuan, kemajuan itu sangat lemah sehinggakan reformasi Parlimen pun belum ada kejayaan apa-apa.


"Janji yang dibuat sudah melebihi satu bulan, dan tidak ada satu komitmen untuk melaksanakan, selain menguar-uarkan soal kestabilan politik," katanya di Dewan Rakyat hari ini.


Dalam MoU yang dimeterai 13 September lalu, ia menggariskan enam perkara iaitu pemerkasaan Pelan Covid-19, Transformasi Pentadbiran dan Pembaharuan Parlimen, Kebebasan Institusi Kehakiman, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Pembentukan Jawatankuasa Pemandu.


Namun, kata Anwar, beberapa langkah terhadap MoU ketika ini dilihat bertentangan dengan semangat demokrasi, ketelusan dan semangat untuk bekerjasama, seperti mana yang disebut oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.


"Jadi saya nak jelaskan kepada Yang Berhormat, untuk membetulkan kenyataan beliau bahawa ada kemajuan redakan politik, yang kami sokong pada peringkat awalnya.


"Tetapi saya nak nyatakan pada pada hari ini, kita tidak berpuas hati kerana lembap dan sengaja dilengahkan," katanya.

0 comments

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page