top of page

MoU bersama UiTM, ANGKASA: INSKEN perluas agenda pembangunan usahawan

  • Writer: Akmal Manaf
    Akmal Manaf
  • 6 minutes ago
  • 1 min read
Datuk Mustapha (dua dari kanan) pada majlis menandatangani MoU bersama UiTM
Datuk Mustapha (dua dari kanan) pada majlis menandatangani MoU bersama UiTM

Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN) memperkukuh agenda pembangunan usahawan negara menerusi pemeteraian dua Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA), bagi memperluas peluang keusahawanan dalam kalangan generasi muda dan gerakan koperasi.


Pengerusi INSKEN, Datuk Mustaffa Kamil Ayub berkata, kedua-dua kerjasama strategik itu mencerminkan komitmen INSKEN untuk memperluas capaian dan memperkukuh ekosistem pembangunan usahawan secara lebih dinamik, inklusif serta responsif terhadap perubahan landskap keusahawanan.


Beliau berkata, sepanjang tempoh hampir tiga tahun menerajui INSKEN, pelbagai usaha telah dilaksanakan bersama kepimpinan dan warga kerja bagi memperkukuh peranan INSKEN.


"Ia termasuk menyantuni sekitar 50,000 usahawan, memperkenalkan pelbagai inisiatif baharu, mewujudkan Pusat Rujukan Inklusif Usahawan MADANI (PRIME), memperkukuh jaringan Alumni INSKEN memperkenalkan Anugerah Usahawan MADANI (AUMI).


"Selain itu, usaha turut meliputi untuk memperluaskan platform pembangunan usahawan melalui SUM Mega 2026 yang merekodkan penyertaan seramai 6,877 peserta turut melayakkan INSKEN menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR)," katanya menerusi satu kenyataan.


Majlis menandatangani MoU bersama ANGKASA
Majlis menandatangani MoU bersama ANGKASA

Mustaffa menambah, kerjasama strategik bersama UiTM dan ANGKASA juga merupakan sebahagian daripada usaha berterusan pihaknya untuk memperluas peluang pembangunan keusahawanan.


Melalui UiTM ujarnya, lebih ramai generasi muda berpeluang didedahkan kepada bidang keusahawanan, manakala kerjasama bersama ANGKASA pula membuka ruang kepada pimpinan dan anggota koperasi untuk memperkukuh kapasiti perniagaan serta membangunkan produk dan perkhidmatan yang lebih strategik dan berdaya maju.


"Kedua-dua kerjasama ini diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada pembangunan usahawan yang lebih berdaya tahan, berdaya saing dan mampan, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.


"Kerjasama tersebut turut merangkumi sokongan terhadap pembangunan peserta Program Sejati MADANI, selaras dengan aspirasi Kerajaan MADANI dalam memperkasa keupayaan ekonomi masyarakat," ujarnya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page