Monsun Timur Laut: Kerajaan perkukuh kesiapsiagaan hadapi risiko banjir
- Suara Keadilan

- 22 minutes ago
- 1 min read

Kerajaan MADANI mempertingkatkan kesiapsiagaan menghadapi monsun timur laut (MTL) yang dijangka berterusan.
Timbalan Perdana Menteri, telah memberikan taklimat tahap persiapan Agensi Peneraju Pengurusan Bencana (NADMA) semasa mesyuarat jemaah menteri pada Jumaat, maklum Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil (gambar).
"Datuk Seri Fadillah telah memberi sedikit taklimat tahap persiapan NADMA secara khusus dan bagaimana kita perlu tingkatkan tahap persediaan serta waspada terhadap amaran hujan berterusan," katanya.
Fahmi memaklumkan perkara itu kepada pemberita selepas menghadiri Sambutan Hari Antirasuah Antarabangsa 2025 di Putrajaya semalam.
"Orang ramai diingatkan untuk mengambil maklum dan membuat perancangan yang bersesuaian bagi menghadapi MTL terutama dalam beberapa hari yang akan datang," katanya dipetik.
Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN), Jabatan Pengairan dan Saliran mengeluarkan 'Amaran Banjir' di beberapa kawasan di Kelantan, terutama di kawasan rendah serta berisiko banjir.
PRABN dalam kenyataan pada Khamis memaklumkan berdasarkan status paras air sungai yang diramal meningkat dan melebihi paras bahaya, banjir berkemungkinan berlaku di dua jajahan Tumpat dan Pasir Puteh bermula Sabtu hingga Ahad ini.
Sementara itu, Fahmi menyeru orang ramai supaya sentiasa mengambil maklum sebarang perkembangan cuaca dan membuat perancangan yang bersesuaian.
"Orang ramai diingatkan untuk mengambil maklum dan membuat perancangan yang bersesuaian bagi menghadapi MTL terutama dalam beberapa hari yang akan datang," katanya.









Comments