top of page

MKN perlu lebih telus, pertimbang semula waktu operasi perniagaan

Writer: Omar Zin
Omar Zin
Jun 25, 2021
1 min read

Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar meminta Majlis Keselamatan Negara (MKN) supaya lebih telus dengan beberapa perkara.


Katanya, ia terutamanya melibatkan statistik kompaun kepada mereka yang melanggar SOP.


"Berapa banyak denda dan juga tangkapan yang telah diambil sejak PKP 1.0 hingga ke PKP 3.0 dan memperincikannya mengikut faktor-faktor melibatkan syarikat yang berada dalam kategori industri kecil sederhana yang sememangnya terkesan dan juga rakyat yang berada dalam kategori berpendapatan rendah," katanya.


Pada masa sama, Nurul Izzah juga meminta MKN mempertimbangkan tempoh operasi perniagaan di waktu malam.


"Kami meminta dan memohon agar dipertimbangkan semula waktu operasi untuk premis makanan dan minuman, dengan masa tambahan tanpa terikat sehingga jam 8 malam sahaja.


"Perniagaan seperti kedai alat tulis dan kedai perubatan tradisional dan komplementari termasuk kiropraktor, fisio dan pengamal kesihatan mental harus dibenarkan beroperasi," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page