top of page

'Minyak tidak turun kerana harga di Arab Saudi pun lebih tinggi'



Ungkapan terkenal sepanjang PMX berkempen ketika masih bergelar pembangkang ialah "hari ini menang, esok minyak turun"


Janji itu telah digunakan oleh parti lawan sebagai bahan lelucon sejak belasan tahun lalu.


Bagaimanapun dalam Majlis Mesra Madani di Perak baru baru ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab cercaan tersebut selepas 15 tahun.


"Saya dicerca merata tempat, "hari ini menang, esok minyak turun"


"Bila saya kata itu? Tahun 2008. Masa itu berapa harga minyak (petrol) di Arab Saudi, 50 sen. Masa itu kita RM1.80. Jadi saya kata pasal apa Saudi 50 sen kita tinggi sangat? Kita kena turun lah.


"Berapa sekarang? Sekarang harga minyak Arab Saudi lebih tinggi dari Malaysia," katanya merujuk minyak petrol RON 95 yang kekal pada RM2.05 seliter sejak 2018.


Oleh kerana Arab Saudi pengeluar petroleum terbesar dunia, kata Anwar, maka harga petrol atau diesel dirujuk ke negara itu untuk perbadingan.


Apabila harga petrol di Arab Saudi, katanya, lebih tinggi daripada di Malaysia tentulah mustahil negara ini mampu memberi subsidi sehingga boleh menandingi negara pengeluar minyak utama.


"Harga minyak 2023 di Arab Saudi lebih tinggi, kita nak turun macam mana lagi? Kita dah subsidi tinggi. RM30 - RM40 bilion subsidi minyak (setahun).


"Arab Saudi ukuran kita kerana dia keluar minyak berkali ganda daripada kita," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page