top of page

Menuju PRU 15: Tinggalkan politik perkauman - Chan Ming Kai



Politik perkauman terus dijadikan bahan penarik sokongan kepada parti-parti yang membentuk kerajaan 'tebuk atap' Perikatan Nasional (PN).


Walaupun sebelum ini banyak orang Melayu percaya PN akan membela mereka namun setelah 6 bulan memerintah, terbukti tidak banyak retorik pro-Melayu yang menjadi dasar kerajaan.


Rang Undang-undang 355 misalnya masih gagal diteruskan, pembelaan ke atas kematian anggota bomba Mohamad Adib masih tertangguh, kedai judi dan arak juga tidak berkurangan terutama di negeri-negeri yang ditadbir PN.


Bagi Ahli Parlimen Alor Setar, Chan Ming Kai, isu perkauman hanyalah siri pembodohan yang dilaksanakan sejak era pentadbiran BN. Isu tersebut muncul menjelang pilihan raya umum (PRU) dan kemunculan berterusan isu tersebut hari ini, menurut Chan, memungkinkan negara akan menghampiri satu lagi PRU.


Katanya, retorik perkauman sebenarnya telah menangguhkan kemajuan Malaysia, berikutan sukarnya membentuk ekonomi yang lebih berdaya saing sebagaimana diamalkan di negara lebih maju.


"Sudah tiba masanya rakyat membuat keputusan untuk memilih yang jernih dan buang yang keruh. Untuk negara ini mencapai kemajuan dalam era baru, politik perkauman harus dibakulsampahkan.


"Sepatutnya retorik perkauman tidak ada tempat dalam negara kita. Sebagai contoh, lihat apa yang sedang berlaku dalam zaman wabak Covid-19 ini. Semua kaum bekerjasama dengan pihak kerajaan untuk melawan gejala tersebut dan kerana itu kita dapat mengawal penularan wabak.


"Oleh yang demikian, untuk memajukan Malaysia agar semua dapat hidup senang dan selesa, rakyat berbilang kaum mesti mengikis fahaman atau ideologi perkauman yang hanya memundurkan negara," katanya dipetik.


Justeru itu, Chan menyeru agar rakyat Malaysia berani membebaskan diri daripada 'lingkaran setan' pembodohan yang dilakukan BN dan kini PN.


Rakyat, katanya, harus realistik bahawa mereka hidup berbilang kaum buat selama-lamanya dan tidak mungkin kerajaan boleh dibentuk dengan hanya mengutamakan satu kaum.


Jika kerajaan tersebut berlaku, sebagaimana PN hari ini, maka sosio-ekonomi Malaysia akan bermasalah dan mungkin negara huru-hara.


"Walaupun ramai pemerhati politik berkata Malaysia belum bersedia keluar dari genggaman politik perkauman, saya berpendapat era Covid-19 memberi peluang kepada kita menyaksikan semua orang saling bantu-membantu.


"Kami dalam Pakatan Harapan (PH) telah menghulurkan bantuan kepada semua yang memerlukannya tanpa mengira bangsa atau agama. Saya yakin rakyat Malaysia akan mengorak langkah ke depan dengan memberi mandat kepada parti berbilang kaum untuk mengurus-tadbir negara.


"Kalau kita masih mengamalkan sikap perkauman dan syak-wasangka maka kita sengaja melemahkan perpaduan. Tanpa semangat muhibbah di antara kaum, kita tentu tertinggal jauh di belakang," katanya lagi.


Oleh itu, Chan menyeru rakyat memberi satu lagi peluang kepada PH menjadi pemerintah dalam PRU ke 15. Beliau memberi jaminan bahawa PH akan melakukan reformasi total sekiranya Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim diangkat sebagai perdana menteri ke 9.


"Untuk ke hadapan, semua pemimpin dalam PH memberi sokongan padu kepada Anwar sebagai perdana menteri. Beliau akan melaksanakan visi dan misi perubahan yang lebih bermakna. Malaysia akan mempunyai masa depan yang cerah jika rakyat bijak memilih dalam PRU15 nanti," katanya.


Menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah, tersebar spekulasi bahawa PRU 15 akan diadakan serentak bagi menjimatkan kos dan mengakhiri ketidaktentuan politik dalam negara.


Bagaimanapun, parti-parti dalam PN masih bercakaran soal pembahagian kerusi menyebabkan kesukaran untuk Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat.





0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page