top of page

Menteri Wilayah tidak layan tuntutan, Ahli Parlimen enggan hadir mesyuarat JaKoWIP



Ahli-ahli Parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur membantah sikap Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa yang enggan memenuhi tuntutan meminda beberapa syarat dalam cadangan penubuhan Jawatankuasa Konsultasi Wilayah Persekutuan (JaKoWIP).


Menurut kenyataan dikeluarkan Ahli-ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) Kuala Lumpur, syarat-syarat yang digunakan untuk penubuhan jawatankuasa berkenaan tidak demokratik dan perlu diubah bagi memudahkan penduduk di Wilayah Persekutuan menyuarakan isu-isu berbangkit di sekeliling mereka.


"Pada 7 Disember 2020, Ahli-Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah menulis surat kepada Menteri Wilayah Persekutuan dengan maklum balas kami terhadap cadangan penubuhan JaKoWIP.


"Terdapat beberapa perkara dasar yang tidak dapat kami terima termasuk isu terma rujukan, ahli mesyuarat serta aturan mesyuarat. Kami telah memohon agar perkara-perkara yang dibangkitkan ini dipinda, dan satu pertemuan khusus di antara Menteri Wilayah Persekutuan dan Ahli-Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur diadakan segera.


"Malangnya, Setiausaha Politik Menteri Wilayah Persekutuan dalam surat bertarikh 24 Disember 2020 hanya menyatakan bahawa syor-syor kami sedang diperhalusi, dan tiada pertemuan khusus yang akan diadakan seperti yang diminta.


"Oleh itu, kami Ahli-Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah membuat keputusan untuk tidak hadir mesyuarat JaKoWIP pada 19 Februari 2021 ini," kata kenyataan tersebut.


Antara sebab-sebab yang diberi di atas ketidakhadiran mereka dalam mesyuarat itu adalah keengganan Annuar bertemu Ahli-ahli Parlimen Kuala Lumpur sejak beliau menjadi Menteri Wilayah


Annuar juga, kata kenyataan itu perlu sedar Ahli-ahli Parlimen tersebut dilantik oleh rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14. Oleh itu wakil rakyat mempunyai hak untuk meminta syarat-syarat yang bersesuaian mewakili pengundi mereka.


"Menteri Wilayah Persekutuan enggan mengadakan mesyuarat khusus bertemu semua Ahli-Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sejak beliau dilantik pada Mac 2020


"Perkara-perkara asas yang dibangkitkan dalam surat kami bertarikh 7 Disember 2020 belum dijawab, atau pindaan yang diminta belum dilakukan, termasuk penyertaan Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) sebagai ahli mesyuarat, memandangkan mereka adalah lantikan politik yang tiada mandat rakyat Kuala Lumpur.


"Menteri Wilayah Persekutuan perlu sedar bahawa warga Kuala Lumpur telah membuat pilihan yang sangat jelas pada PRU 14 dengan memilih kami sebagai Ahli-Ahli Parlimen mewakili suara mereka," kata kenyataan itu lagi.


Oleh yang demikian, Ahli-ahli Parlimen Kuala Lumpur menuntut agar Menteri Wilayah menghormati mandat rakyat dan segera mengadakan mesyuarat khusus bersama wakil yang dipilih dalam PRU untuk meneliti serta menyelesaikan perkara-perkara yang telah dibangkitkan sebelum ini.




0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page