top of page

Menteri Komunikasi beri jaminan data sistem PADU selamat



Oleh: Abdullah Zaid


Kementerian Komunikasi memberi jaminan Pangkalan Data Utama (PADU) di bawah kendalian Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) adalah selamat.


Menterinya Fahmi Fadzil berkata, pihaknya menerima maklumat mendakwa sistem itu telah diceroboh namun beliau mengesahkan maklumat di pengkatan data itu tidak dibocorkan dan hal itu disahkan sendiri oleh Menteri Ekonomi.


Sebaliknya kata Jurucakap Kerajaan Perpaduan itu, kebocoran maklumat berlaku di satu sub unit kepada Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).


"Ia bukan satu sistem sama, sebaliknya ia adalah dua sistem yang berbeza namun ada beberapa pihak cuba memainkan seolah-olah sistem itu dibolos, tidak benar.


"Menteri Ekonomi (Rafizi Ramli) sendiri mengesahkan dan terkawal, tidak ada apa-apa masalah yang dikelola oleh DOSM," katanya kepada media selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Negara, Kuala Lumpur tengah hari tadi.


Tegasnya, kerajaan memberi jaminan bahawa data di bawah sistem PADU itu adalah selamat dan orang ramai tidak perlu takut untuk memasukkan maklumat yang diminta oleh sistem berkenaan.


"Saya minta kepada semua untuk terus mendaftar sistem PADU dan pihak National Cyber Security Agency (NACSA), Cybersecurity, Jabatan perlindungan Data Peribadi adalah sebahagian daripada pasukan yang memastikan aspek keselamatan data dan keselamatan siber (terjamin)," ujarnya.


Sebelum ini, sistem PADU didakwa digodam oleh kumpulan dikenali sebagai R00TK1T.

Penggodam itu mendakwa telah memecah masuk dan mencuri data bersaiz lebih 27 gigabit (GB) daripada sistem tersebut.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page