top of page

Menteri Kesihatan berucap 55 minit, tidak ada penghargaan kepada doktor kontrak


Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba seharusnya mengucapkan penghargaan dari kerajaan Perikatan Nasional terhadap sumbangan doktor kontrak sebagai barisan hadapan menangani Covid 19.


Namun kata Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasir, tidak ada satu pun ucapan yang menyentuh doktor kontrak demi memperbaiki kedudukan mereka dalam skim jawatan kerajaan.


"Saya kena nyatakan bahawa doktor di luar mengunggu bila menteri beri penerangan, beri sedikit pengiktirafan apa yang doktor muda buat selama ini. Malangnya, masa yang diberikan selama 55 minit langsung tidak disebut oleh Menteri Kesihatan (jasa doktor kontrak). Yang mana kalau kita lihat dari segi kekuatan, doktor yang bertugas dalam negara sekitar 71,000 orang.


"Dari jumlah tersebut 52,000 berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. Masalahnya doktor kontrak ini berjumlah 23,000. Maksudnya lebih 40% yang berkhidmat atas dasar kontrak.


"Walau diberi nasihat jangan buat hartal semalam, ternyata anak-anak muda profesional yang bertungkus lumus menyelamatkan nyawa (dan melakukan hartal) langsung tidak diambil peduli oleh kerajaan," katanya dalam mencelah sesi perbahasan Ketua Pembangkang mengenai ucapan Menteri Kesihatan di Dewan Rakyat, tengah hari tadi.


Sementara itu, Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad pula menimbulkan isu masalah doktor kontrak yang telah pun disebut oleh Pengarah Kesihatan sendiri dalam tertekan dengan keadaan kerja mereka tetapi tidak diselesaikan oleh kerajaan.


"Ada antara hujah bila menyebut masalah dokor kontrak ini, kita mengatakan terlalu ramai graduan perubatan. Tetapi kalau kita memetik ciapan underfunded, understaff, underpaid, overworks, overcrowded, bukan daripada orang lain tetapi Ketua Pengarah Kesihatan kita sendiri pada beberapa tahun yang lepas.


"Ini menunjukkan betapa kurangnya peruntukan untuk sektor kesihatan. Jadi itu sepatutnya menjadi tumpuan dalam sektor kesihatan dalam menangani masalah doktor kontrak ini," katanya.


Bagi Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid pula, isu doktor kontrak sepatutnya telah lama diselesaikan dan tidak lagi menjadi perbincangan pada waktu pendemik ini.


"Saya meneliti perkembangan terkini, doktor kontrak dan jururawat kontrak yang telah berlarutan bertahun-tahun. Melihat perkembangan ini dalam undang-undang, ada tempoh percubaan.


"Tetapi kerajaan hari ini bukan saja dilayan (tidak sepatutnya kepada) mereka yang menjadi barisan hadapan, berkorban jiwa dan keluarga mereka. Tetapi mereka diambil tindakan disiplin. Ini (hartal) bukan (soal) disiplin, ini hak mereka.


"Satu lagi, elaun kritikal. Elaun ini telah pun ada tetapi mesti dikaji semula (amaunnya) kerana pengorbanan mereka dalam pandemik Covid 19," katanya.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page