top of page

Menteri KDN daftar perkahwinan sivil: Lafaz tidak melibatkan amalan agama



Video tular dimuat naik oleh pihak tidak bertanggungjawab menggambarkan seolah olah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail sengaja membuang masa terlibat dalam majlis mendaftarkan perkahwinan sivil pasangan bukan muslim dijawab oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).


Menurut kenyataan jabatan itu, rakaman tersebut yang dibuat pada pagi tadi di Pejabat JPN Putrajaya adalah sempena Majlis Sambutan Jubli Intan JPN yang diadakan hari ini.


"Video tersebut merupakan rakaman di mana YB Menteri telah dijemput oleh JPN untuk merasmikan Majlis Sambutan Jubli Intan Jabatan. Antara pengisian program adalah mendaftarkan perkahwinan sivil 2 pasangan yang telah dipilih oleh JPN.


"JPN merupakan agensi yang bertanggungjawab melaksanakan pendaftaran perkahwinan sivil serta merekodkan maklumat perkahwinan dan perceraian bagi bukan Islam selaras dengan Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian)

1976 [Akta 164]," kata jabatan itu dalam kenyataan.


Tegas JPN itu, berdasarkan Akta 164 tersebut, Menteri Dalam Negeri merupakan Menteri yang bertanggungjawab bagi pendaftaran perkahwinan sivil yang membolehkan beliau melakukan pendaftaran perkahwinan pasangan bukan Islam.


Selain Menteri, Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, Timbalan Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, Pengarah Bahagian Perkahwinan dan Perceraian, Pengarah Pendaftaran Negeri serta pegawai dan kakitangan JPN yang bertugas di Bahagian Perkahwinan dan Perceraian sebagai Timbalan Pendaftar Perkahwinan turut diberikan kuasa tersebut.


Manakala lafaz yang digunapakai, kata kenyataan itu, bukan berunsurkan mana mana agama di Malaysia.


"Proses pendaftaran Perkahwinan Sivil tersebut tidak melibatkan, tidak menyerupai, tidak melambangkan dan tidak dipengaruhi dengan mana-mana ritual keagamaan atau adat sesuatu kaum.


"Lafaz ikrar yang dituturkan oleh pendaftar adalah perkataan yang terkandung dalam Seksyen 23, Akta 164 yang berbentuk keterangan sifat perkahwinan sivil semata-mata," kata kenyataan itu.


Berbeza dengan perkahwinan muslim yang diuruskan sepenuhnya oleh pejabat agama bersesuaian dengan Islam sebagai agama rasmi dan termaktub di bawah Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan, perkahwinan non muslim disekularkan atau terpisah daripada amalan agama dan perlu didaftarkan di bawah KDN.


Tambah JPN lagi, setiap tahun sesi pendaftaran Perkahwinan Sivil dengan YB Menteri ini diadakan sebagai acara istimewa untuk pasangan terpilih ketika sambutan Hari Pendaftaran Negara.


Untuk rekod, majlis pendaftaran perkahwinan sivil yang ditularkan dilakukan bagi penganut bukan Islam berdasarkan undang undang. Pasangan terbabit biasanya berkahwin mengikut upacara agama masing masing dan selepas majlis pendaftaran dibuat.


Orang awam yang ingin membuat pertanyaan lanjut boleh menghubungi JPN di talian 03-8880 7077 atau emel ke pro@jpn.gov.my



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page