top of page

Mengapa ringgit menyusut, nilai pelaburan catat rekod tertinggi?



Pensyusutan nilai matawang ringgit sehingga RM4.7965 berbanding satu dolar Amerika Syarikat (AS) tetapi dalam masa sama Malaysia telah mencapai rekod kemasukan pelanburan langsung asing tertinggi dalam sejarah amat memeningkan rakyat.


Pembangkang pula menyalahkan polisi ekonomi yang tidak tepat menyebabkan malapetaka kewangan berlaku.


Bagi Pengarah Komunikasi KEADILAN Malaysia, Lee Chean Chung, kontradiksi itu sepatutnya dijelaskan dengan baik dan tidak sewajarnya menjadi bahan politik.


Katanya, andainya dasar ekonomi negara tidak betul maka tidak mungkin pelabur asing berani menanam modal sehingga RM329.5 bilion sebagaimana yang diluluskan.


Penurunan ringgit, jelas beliau, lebih menjurus kepada beberapa faktor yang tidak berkaitan dengan fundamental ekonomi.


"Pelaburan asing yang diluluskan untuk memasuki Malaysia walaupun besar tetapi berkemungkinan belum sampai ke negara (sistem kewangan) kita.


"Ia hanya pelaburan komited, disebabkan beberapa faktor, masih belum menjadi kenyataan. Jadi masih terlalu awal sehinggalah kilang dibina, pejabat dipenuhi pekerja dan barisan pengeluaran berjalan.


"Kedua, Kadar Dasar Semalaman (OPR) Malaysia masih rendah pada 3%, berbanding kadar faedah 5.5% Amerika Syarikat. Dana dalam mata wang dolar AS lebih suka kekal seperti sedia ada, sehingga terdapat keperluan sebenar untuk menukar kepada ringgit, seperti melabur, membeli bahan mentah, membeli tanah atau menukar tunai untuk aset lain.


"Nilai mata wang ditentukan oleh penawaran dan permintaan agregat. Apabila kebanyakan pihak memilih untuk memegang dolar AS, ringgit akan tertekan dan menyusut nilai," katanya dalam kenyataan hari ini.


Sehubungan itu, Chean Chung mencadangkan beberapa perkara yang boleh dilakukan bagi memulihkan nilai ringgit sehingga pelaburan asing benar benar beroperasi di Malaysia dan mengukuhkan ringgit.


"(Dicadangkan) pemantauan pembelian dolar AS yang lebih ketat oleh pengimport. Menyemak dokumen perdagangan asas dan bukti pengiriman wang yang sah adalah penting untuk mengekang trend ini.


"Begitu juga, Firma Tersenarai Luar Negara (FLA) perlu dinasihatkan supaya tidak menyimpan dolar untuk keuntungan dagangan pada masa kritikal ini. Bank Negara Malaysia (BNM) mesti bertindak lebih gigih daripada menggunakan alasan pengukuhan dolar untuk membiarkan ringgit tergelincir," katanya.


Selain itu, Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen untuk Ekonomi dan Kewangan itu berkata, mempercepatkan kelulusan pelaburan asing juga merupakan faktor yang boleh mengukuhkan ringgit.


Mempercepatkan kelulusan perniagaan akan memudahkan operasi firma asing di negara ini.


"Jenaka di pusat pelaburan sehenti ialah ia berhenti selepas hanya satu langkah. KPI pelaburan yang ditarik masuk harus diukur secara holistik, dan pegawai yang rajin dan bekerja keras (menukarkan komitmen menjadi pelaburan nyata) harus diberi ganjaran berdasarkan hasil," katanya.


Selain daripada kadar faedah, tambah Chean Chung, penawaran dan permintaan mata wang juga dipengaruhi faktor inflasi, aliran modal, penawaran wang, dan yang lebih penting sebagai negara membangun adalah mengenai prospek ekonomi.


Katanya, sudah tiba masa Kerajaan Perpaduan memantau pelaksanaan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional (NETR), MyDigital dan aspirasi Pelan Induk Perindustrian Nasional (NIMP) di tahap mikro. Dalam jangka panjang, tegas Ahli Parlimen Petaling Jaya itu, ia akan memberi harapan lebih baik terhadap masa depan Malaysia.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page