Mengapa peruntukan galakan perlancongan MyCEB ditiadakan pada 2022?



Galakan pelancongan merupakan hal penting untuk menarik sebanyak mungkin pelancong ke Malaysia.


Ahli Parlimen Muhammad Bakhtiar Wan Chik (PH - Balik Pulau) bertanya kepada Kementerian Perlancongan mengapakah peruntukan untuk Malaysia Convention and Exhibition Bureau (MyCEB) yang ditiadakan pada Belanjawan 2022.


"Saya ingin mendapat penjelasan, pada 2020 peruntukan sebanyak RM5 juta, 2021 RM4.8, 2022 kosong. Mengapa peruntukan dikurangkan 100%, sehingga 0.


"Sedangkan kita tahu aktiviti ini membawa pelancong perniagaan dan kita tahu mereka berbelanja 3 kali lebih daripada pelancong biasa.


"Sektor ini juga penyumbang besar dalam ekonomi Malaysia. MyCEB telah membida 21 persidangan antarabangsa dari 2022 - 2030 dengan anggaran pulangan RM530 juta.


"Saya minta Kementerian Perlancongan menyatakan acara besar yang memberi impak kepada ekonomi sedangkan kos pengoperasian 0. Adakah kerajaan bercadang menutup MyCEB?" katanya.


Di samping itu, Bakhtiar juga bertanya mengenai pembangunan pelancongan alam semula jadi atau Ecotourism yang memberi keuntungan kepada masyarakat luar bandar.


"Pembangunan Ecotourism kita mahu galakkan di Malaysia. Dibandingkan dengan jenis pelancongan lain, walau pun low end tourist, mereka banyak beri keuntungan di kampung, peniaga tepi jalan, malim gunung yang akan banyak dapat faedah," ujarnya.


Bakhtiar turut membawa pertanyaan Ahli Parlimen Port Dickson mengenai dasar perlancongan zon satelit yang melibatkan beberapa tempat di seluruh negara.


"Dasar dan perancangan Strategi Zon Pelancongan Satelit di mana Langkawi, Kota Belut, Putrajaya dan Port Dickson disebut sebagai zon SITZ, apakah galakan pelaburan di zon tersebut sebab, Ahli Parlimen Port Dickson minta saya bertanya apakah langkah membawa pelabur asing ke sana?" katanya lagi.


0 comments