top of page

Mengapa masih tiada siasatan terhadap Santhara Kumar?


Ahli Parlimen Sekijang, Natrah Ismail meluahkan rasa hairan terhadap pendirian kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dirasakannya mengunci mulut 'rapat-rapat' dan sekadar memeluk tubuh berhubung kedudukan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Santhara Kumar Ramanaidu yang dikatakan memiliki dua kerakyatan.


Beliau beranggapan, kerajaan memberikan layanan yang cukup berbeza jika kesalahan itu dilakukan oleh pembangkang.


"Jika masalah ini berlaku dalam kalangan Ahli Parlimen pembangkang, saya yakin kerajaan akan bertindak cepat, pantas dan tangkas kononnya mereka adalah hero di mata rakyat.


"Tetapi apabila melibatkan ahli bersekutu sendiri, kerajaan langsung tidak mengendahkan perkara itu bahkan seperti tiada apa-apa yang berlaku.


"Apa yang istimewanya Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dah Ahli Parlimen Segamat ini, sehinggakan tiada siasatan dilakukan? Kenapa perlu double standard? Jika melibatkan rakyat marhaen, cepat pula mengenakan kompaun sehingga RM10,000 kononnya melanggar SOP Covid-19," katanya.


Disebabkan itu, beliau berharap Menteri Wilayah, Tan Sri Annuar Musa mengambil tindakan sewajarnya, kerana jika benar Santhara mempunyai dua kerakyatan, ia adalah satu kesalahan yang serius dalam undang-undang negara.


"Ramai orang sudah tahu, rakyat sudahpun cerdik dan boleh menilai apa yang kerajaan lakukan. Dunia sekarang serba pantas merentasi sempadan.


"Desas desus bertiup kencang bahawa Datuk Seri Dr Santhara Kumar memiliki dua kerakyatan. Ada juga sumber mengatakan beliau memiliki PR (penduduk tetap).


"Rakyat bertanya adakah wakil rakyat ini memiliki kerakyatan New Zealand? Jika ya, statusnya sebagai Ahli Parlimen boleh tergugur sekaligus menuntut Pilihan Raya Kecil di Segamat.


"Perkara ini bukan main-main. Ia melibatkan Perlembagaan Persekutuan dan secara jelas menghina amalan demokrasi berparlimen di negara ini.


"Amat mustahil jika anak dan keluarganya memiliki kerakyatan New Zealand sedangkan beliau tiada? Amat janggal jika keluarganya beroleh kerakyatan jika beliau tiada," katanya.


Pada masa sama, Natrah terkilan kerajaan tidak pernah sekali pun mengumumkan secara terbuka mengenai Santhara, berbeza dengan kerajaan New Zealand.


"Untuk pengetahuan kerajaan New Zealand sudah membincangkan perkara ini di Parlimen mereka.


"Tidak malukah kita apabila masalah dalam negara dibincangkan di negara luar? Sedangkan kita sendiri tidak mahu menyelesaikannya," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page