top of page

Mengapa kilang 1,000 pekerja terus beroperasi, Parlimen 220 anggota digantung?



Darurat yang dikuatkuasa bagi membendung pandemik Covid 19 membingungkan banyak pihak.


Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datin Paduka Dr Tan Yee Kew mempersoalkan rasional perisytiharan darurat untuk melawan Covid 19, sehingga menggantung Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.


Sedangkan, katanya, Parlimen di negara lain hanya digantung seketika dan tidak sehingga 7 bulan.


"Mengapa perlu gantung Parlimen Malaysia di waktu semua negara lain yang mengisytiharkan darurat tahun lalu, tidak satu pun menggantung Parlimen mereka?

"Tahun lalu, Australia menangguhkan persidangan Parlimen hanya untuk 2 minggu dan Korea Selatan pula menutup Parlimen mereka hanya selama beberapa hari ketika di puncak kes Covid. Mengapa kita memerlukan “sehingga” 7 bulan?

"Mengapa kilang dengan seribu pekerja dibenarkan beroperasi tetapi Parlimen Malaysia dengan kekuatan penuh hanya 220 anggota Parlimen tidak dapat bertemu?

"Perdana Menteri Muhyiddin mungkin tiada jawapannya, boleh tak kamu bantu dan jelaskan kepada saya mengapa?" tanyanya dalam tulisan di Facebook.


Dr Tan juga hairan keperluan darurat ketika mana kes Covid di Malaysia secara bandingan tidak seburuk negara lain.


Bukankah Perintah Kawalan Pergerakan pada tahun lalu telah berjaya menurunkan keluk Covid 19?


"Mengapa perlu ada pengisytiharan keadaan darurat dan penggantungan Parlimen ketika Malaysia hanya berada di kedudukan ke-69 di antara 219 negara di dunia dalam jumlah kes Covid?" tanyanya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page