top of page

Malaysia sasar jadi negara kuasa ekonomi dalam lima tahun

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 6, 2023
  • 1 min read


Kesediaan Ketua Pegawai Eksekutif Tesla Inc Elon Musk berbincang dan menzahirkan komitmen membuka ibu pejabat syarikat itu di Cyberjaya tahun ini hasil dari kestabilan politik yang semakin kukuh, jelas Perdana Menteri.


Datuk Seri Anwar Ibrahim pada program Ceramah MEGA MADANI di Pekan Sungai Ara di Pulau Pinang malam tadi berkata, kestabilan politik itu telah menarik semula minat pelabur ke negara ini.


Justeru katanya, dalam tempoh lima hingga enam tahun lagi beliau menyasarkan Malaysia akan menjadi sebuah negara kuasa ekonomi

"Impian dan cita-cita saya ialah menjadikan Malaysia kuasa ekonomi dan sebuah negara yang hebat untuk semua rakyatnya.


"Saya mahu negara ini kembali baik, ekonomi baik, negara baik dan rakyat bersatu," katanya.


Anwar pada 14 Julai lalu mengadakan pertemuan secara maya dengan jutawan Elon Musk.


Mereka membincangkan pelaburan pembuatan kereta Tesla di negara ini serta perkhidmatan komunikasi satelit SpaceX.


Usahawan aeroangkasa terkemuka dunia itu kemudian menyatakan persetujuan untuk membuat pelaburan besar-besaran di Malaysia.


Kestabilan politik negara turut menarik minat syarikat terkemuka lain untuk mengembangkan perniagaan mereka ke negara ini.


Syarikat automotif China, Geely bakal membuat pelaburan sebanyak AS$10 bilion atau kira-kira RM50 bilion untuk menjadikan Tanjung Malim, Perak sebagai kota automobil kereta terbesar di rantau ini.


Terbaharu, Infineon Technologies AG (Infineon) mengumumkan rancangan syarikat itu untuk membina kilang di Kulim, Kedah bagi mengeluarkan 200mm Power Fab SiC (silicon carbide) terbesar di dunia.


"Ini merupakan satu penghormatan yang amat besar kepada Malaysia susulan dasar ekonomi, termasuk Ekonomi MADANI, yang diamalkan Malaysia selain kepimpinan telus Kerajaan Perpaduan," tambah Anwar.

1 comentário


Francis Benedict
Francis Benedict
07 de ago. de 2023

Would like to get the latest update

Curtir

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page