top of page

Malaysia main peranan lebih besar, pastikan hak rakyat Palestin dibela



Malaysia tidak lagi mengikut kebiasaannya bersuara dari jauh dalam isu Palestin dan akan berusaha lebih gigih untuk melakukan pembelaan ke atas hak kemanusiaan yang direngut oleh rejim Zionis Israel.


Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pertemuannya dengan para pemimpin utama di Asia Barat telah membulatkan tekad bahawa Palestin mesti diperjuangkan secara lebih tegas.


"Biar kita sepakat. Kali ini dunia Islam jangan kelihatan lesu. Biar bangkit pertahankan hak bumi Palestin.


"Saya sempat ketemu Raja Bahrin menyatakan sikap yang sama. Saya berlepas ke Istanbul menemui sahabat Recep Tayyib Erdogan. Dua jam dengan dia bincang, teliti apa langkah harus diambil. Bagaimana sikap kita bersama berdepan dengan Amerika Syarikat (AS) dan Eropah yang sama sekali tidak mempedulikan soal kemanusiaan


"Mana dia demokrasi, hak asasi, kemanusiaan. Apakah kemanusiaan bagi orang kulit putih dan hamba abdi bagi orang kulit hitam?


"Kami mahu penduduk Gaza dilayan seperti manusia. Henti pembunuhan, beri makanan, beri ubat ubatan, hak untuk hidup," katanya dalam Himpunan Malaysia Bersama Palestin di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil, malam tadi..


Rakyat malaysia penyokong penuh perjuangan rakyat Palestin

Anwar dalam pada itu berkata, hasil pertemuan beliau dengan Presiden Mesir Abdel Fattah El-Sisi mendapati keadaan di Palestin amat genting. Bekalan bantuan yang dibenar bawa masuk hanya 20 kontena sehari, sedangkan keperluan adalah sebanyak 200 kontena.


"Ubat tidak cukup, susu bayi tidak cukup. Bekalan elektrik terputus, air minum tak ada.


"Saya kata Malaysia ambil keputusan menyokong pendirian Mesir memberi laluan penuh (bantuan ke Palestin). Dia kata siapa sahaja, negara mana, Mesir akan terima dan bantu mengirim masuk ke Gaza," ujarnya.


Anwar yang juga pengerusi Kerajaan Perpaduan juga berkata, dalam sidang kemuncak ASEAN dan Majlis Kerjasama Negara-negara Arab Teluk (GCC) baru baru ini Malaysia begitu dihormati dan diharapkan mampu membuat sesuatu yang lebih bermakna dalam isu Palestin.


Oleh itu, katanya, tiba masanya Malaysia mengambil peranan yang lebih besar.


"Saya tambah terkesan kerana baik Arab Saudi, UAE, Mesir, Turkiye semua beri penghormatan sangat tinggi kepada Malaysia. maknanya mereka mengharapkan membuat sesuatu yang lebih


"Bukan sahaja menyerahkan isu ini sebagai isu Arab tetapi isu Islam dan kemanusiaan," jelasnya.


Lebih 20,000 peserta dianggarkan hadir mendengar ucapan pemimpin negara dan NGO

Namun tegas PM, penyelesaian di Asia Barat tidaklah mudah kerana Israel didukung oleh kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK) dan Perancis yang bersedia menghulurkan bantuan ketenteraan.


"Apakah masa depan ini mudah? Bukan mudah. Saya nak rakyat Malaysia faham, tidak ada pemimpin dunia Islam beritahu penyelesaian mudah kerana Israel menjadi terlalu sombong dengan sokongan AS dan Eropah.


"Kebarangkalian Israel dan tenteranya menceroboh ke Gaza sangat tinggi. Keadaan sangat genting. Kematian lebih ramai di bawah tangan ganas Israel.


"Tentera AS penuh di Timur Tengah, UK, Perancis bersedia memberi laluan mudah kepada Israel. Ini saya katakan sudah sampai ke tahap kegilaan," kecam Anwar.


Justeru, beliau menyeru agar rakyat Malaysia bersatu padu dan bersama mengangkat maruah negara untuk menunjukkan kesatuan dalam negara di mata dunia, menentang penindasan kuasa besar ke atas Palestin.


"Kita sampaikan kepada kawan kawan kita, Cina, India, Sabah, Sarawak, isu ini isu bersama. Mengapa kita bersuara lantang kerana orang mati dibunuh, rumah dibedil, hospital dirobohkan. Mana mungkin bicara dengan aman dan tenang," kata Anwar lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page