top of page

Malaysia hantar pasukan pakar DNA bantu pengecaman mangsa warganegara

Writer: Akmal Manaf
Akmal Manaf
1 day ago
1 min read
Bencana banjir besar di Nepal banyak mengorbankan warganegara asing. Gambar arkib
Bencana banjir besar di Nepal banyak mengorbankan warganegara asing. Gambar arkib

Malaysia menghantar pasukan pakar sampel asid deoksiribonukleik (DNA) ke Nepal bagi membantu proses pengecaman mangsa rakyat Malaysia yang terlibat dalam bencana di negara berkenaan.


Perkara tersebut dimaklumkan Jurucakap Kerajaan, Datuk Seri Fahmi Fadzil selepas mesyuarat Jemaah Menteri di Putrajaya hari ini.


Beliau berkata, pasukan berkenaan akan membantu pihak berkuasa Nepal untuk mengenal pasti mangsa melalui analisis dan padanan DNA.


"Jemaah Menteri telah dimaklumkan mengenai penghantaran pasukan pakar DNA dari Malaysia ke Nepal untuk membantu proses pengecaman mangsa-mangsa dari Malaysia akibat daripada bencana di negara tersebut.


"Untuk maklumat yang lebih khusus, boleh rujuk dengan pihak Wisma Putra," katanya.


Dalam perkembangan lain, Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata, pihak Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) dan Wisma Putra telah memaklumkan kepada Jemaah Menteri bahawa senarai aset yang mampu disediakan bagi membantu negara jiran, Indonesia, menangani isu jerebu telah disampaikan.


"Tetapi sehingga sekarang, belum ada pengesahan tentang apa-apa bentuk kerjasama (antara kerajaan dengan kerajaan) untuk mengguna pakai aset-aset dari Malaysia bagi membantu memadam kebakaran dan sebagainya.


"Jadi, setakat ini ada (perbincangan yang) telah kita panjangkan melalui kedutaan dan Wisma Putra, manakala pihak NRES telah menyediakan (senarai) aset berkenaan.


"Namun masih belum ada pengesahan dan kebenaran untuk menggunakan aset Malaysia," ujarnya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page