top of page

Majikan perlu tingkat kebajikan pekerja - PM



Majikan tempatan termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan swasta digesa meningkatkan usaha menjaga kebajikan pekerja selari dengan mengejar keuntungan.


Gesaan itu dibuat Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapan di Majlis Ramah Mesra di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), Gelang Patah pada Khamis.


Jelasnya, penekanan terhadap kebajikan dan kesejahteraan pekerja akan menjadikan pendekatan pembangunan yang dipraktikkan Malaysia berbeza dengan negara lain.


Bagi tujuan itu jelasnya, Kerajaan Persekutuan sentiasa menyokong dan komited sebarang usaha membela kebajikan rakyat.


"Syarikat yang untung sama ada syarikat kerajaan atau swasta harus beri perhatian dengan upah yang munasabah dan kebajikan pekerja seperti aspek pendidikan, kesihatan dan kediaman harus diberi pertimbangan untuk menjadikan Malaysia ini berbeza dengan negara lain.


"Dalam memacu ekonomi negara, majikan di Malaysia tidak boleh tinggal soal ihsan dan kemanusiaan, khususnya apabila melibatkan kakitangan mereka," katanya dipetik.


Sejak mengambil alih Putrajaya pada November 2022, pentadbiran Anwar melakukan beberapa usaha untuk meningkatkan pendapatan golongan pekerja.


Ketika melancarkan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) baru-baru ini, Anwar menyatakan komitmennya untuk segera melaksana Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang lebih adil dan munasabah untuk penjawat awam


Manakala Kementerian Ekonomi akan melaksana projek rintis Dasar Gaji Progresif pada Jun tahun hadapan dengan melibatkan 1,000 syarikat swasta termasuk perusahaan mikro, kecil, dan sederhana (PMKS).


Melalui dasar tersebut, ia akan memastikan golongan pekerja mendapat gaji yang lebih bermaruah dan wajar.


*Foto kredit: Afiq Hambali/PMO

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page