top of page

'Mahathir hipokrit tolak darurat tetapi cadang Mageran untuk lanjutkan darurat'


Bekas Perdana Menteri Tun Dr mahathir Mohamad dianggap hipokrit apabila mencadangkan kepada Yang di-Pertuan Agong dalam pertemuan di Istana Negara untuk mewujudkan Majlis Gerakan Rakyat atau Mageran, kerana sebelum itu beliau berjuang menentang darurat.


Ketua Penerangan KEADILAN, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, dengan cadangan berkenaan Mahathir telah menodai pendiriannya sendiri yang sebelum ini bersama-sama pembangkang dalam Jawatankuasa Tamatkan Darurat.


"Saya pelik kenyataan Mahathir mencadangkan Mageran, kerana kita tahu Mageran ini kalau berlaku ia tidak lari dari darurat.


"Sedangkan kita tahu terdapat gerakan untuk menamatkan darurat yang dipelopori oleh kumpulan yang berkait dengan Tun Mahathir, di mana beliau mengajak Ahli Parlimen yang lain yang mempunyai hasrat dan inspirasi sama untuk menamatkan darurat.


"Saya sebagai Ahli Parlimen juga menyokong darurat ditamatkan dan dalam masa sama Parlimen juga mesti dibuka. Segala permasalahan rakyat, tidak kira di peringkat persekutuan atau negeri dapat kita bawa di Dewan Rakyat.


"Namun apabila ada cadangan yang kita baca cadanganya, dia (Mahathir) pula yang jadi Pengerusi Mageran. Pendirian kita tolak darurat, kita tidak perlu ada darurat ini," katanya dalam program bual bicara Cendol Pak Ya, bertajuk "#Kerajaan Gagal: Parlimen Wajib Bersidang", semalam.


Bagi Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya itu hanya satu jalan yang boleh diambil untuk menangani pandemik Covid 19 dengan jayanya, iaitu perbahasan Parlimen dan mengambil cadangan yang terbaik untuk dilaksanakan, bukan melantik majlis pentadbiran khas seperti Mageran.


"Sewajarnya Parlimen dibuka, darurat ditamatkan supaya kita boleh mengurus Covid mengikut pendekatan demokrasi.


"Bila ada ruang dalam dewan untuk kita bahas, saya yakin isu-isu tertentu, misalnya Menteri Pendidikan umumkan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), dijanjikan 150,000 laptop tetapi laptopnya 'orang Melaka cakap ke laut' maka kelewatan itu (agihan laptop) boleh ditanyakan.


"Begitu juga vaksin. Saya fikir kita dengar pelbagai pandangan mengenai vaksin ini. Pada saya jangan kita ambil sikap bermain politik. Mageran pada saya tidak boleh diadakan dan saya yakin ramai di luar sana bersama dengan pandangan kita," katanya.


Selain itu, Shamsul juga merayu Raja-raja Melayu yang akan bersidang pada 16 Jun ini agar meneliti keluh kesah rakyat dan memberi jalan keluar terbaik terhadap kemelut politik dan kesihatan yang melanda negara.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page