MA63: Pengisian hanya berjaya jika Anwar PM 10 - Abun Sui Anyit
- Redzuan Shamsudin
- Jul 16, 2022
- 1 min read

Perjanjian Malaysia 1963 (MA 63) yang telah diluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan pada tahun lalu masih lagi terumbang ambing pelaksanaannya kerana tokoh politik yang memerintah tiada kesungguhan.
Pembahas dari Sarawak, Abun Sui Anyit berkata, hanya sekiranya Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri ke 10 maka baharulah pengisian MA 63 akan berjalan lancar.
"Kita sudah mendengar Perjanjian Malaysia. Menjelang pilihan raya ada sahaja parti yang menawarkan untuk membaiki, melaksanakan MA63.
"Untuk peringatan, dalam perlembagaan KEADILAN Perjanjian Malaysia termaktub dalam perlembagaan parti dan menjadikan parti kita mendahului parti lain dalam soal MA 63 ini
"Justeru itu, saya berharap untuk mengakatakan Datuk Seri Anwar sebagai PM akan datang.
"PM sebelum ini dari yang pertama sehingga kesembilan tidak ada yang mahu mengjormati MA63," katanya dalam usul menyokong ucapan dasar presiden.
Abun juga mengimpikan sekiranya Anwar menjadi PM maka beliau akan melantik Timbalan PM daripada Sabah atau Sarawak.
"Apakah mengisian yang kita harap dalam MA63? Kita berharap dengan rakan kongsi sama rata.
"Apabila PH jadi kerajaan pada PRU 15 saya mencadangkan kami dari Sabah Sarawak ini tidak lagi 'melukut di tepi gantang'
"Kalau PM pada masa itu Datuk Seri Anwar kita jadikan (lantik) TPM dari Sarawak, (atau) TPM II dari Sabah," katanya lagi
Comments