Lindungi murid: Cadangan tempatkan anggota keselamatan di sekolah diteliti
- Suara Keadilan

- May 12
- 1 min read

Kementerian Pendidikan (KPM) komited untuk meningkatkan aspek keselamatan di semua institusi miliknya di seluruh negara.
Justeru itu, KPM bersedia mempertimbang dan meneliti cadangan supaya anggota keselamatan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) ditempatkan di setiap sekolah.
"Mengenai cadangan untuk meletakkan anggota keselamatan di sekolah, KPM akan teliti cadangan ini," kata Menterinya, Fadhina Sidek (gambar) dipetik selepas menghadiri satu acara di Johor Bahru semalam.
Sementara itu menurutnya, kementerian kini sedang memuktamadkan penambahbaikan kepada Garis Panduan Pengurusan Sekolah Selamat supaya selari dengan cabaran semasa dan kekal relevan dalam melindungi murid serta warga sekolah.
"Usaha ini sudah pun digerakkan menerusi jawatankuasa khas berkenaan dianggotai wakil pelbagai pihak termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH).
"Jawatankuasa ini turut diwakili pelbagai wakil bukan kerajaan serta wakil komuniti bagi memastikan bahawa isu-isu yang terkait dengan keselamatan di sekolah diberi perhatian," tambahnya.
Beliau sementara itu memaklumkan, KPM juga sudah mengarahkan guru sekolah dan pengetua untuk mengambil langkah-langkah keselamatan dengan tegas di semua premis kementerian itu.




Comments