top of page

Lindungi data peribadi: Kerajaan perlukan undang-undang lebih tegas



Undang undang perlindungan data peribadi sedia ada belum cukup tegas melindungi data peribadi rakyat Malaysia.


Menurut Senator Abun Sui Anyit, rakyat yang menggunakan peranti telofon pintar untuk akses kepada pelbagai aplikasi dan sistem kerajaan misalnya semakin terdedah kepada penjenayah atas talian (scammers) yang kian canggih taktik penipuan mereka.


Hal itu, kata beliau, akan menyukarkan rakyat yang menjadi mangsa penipuan atau penggodaman atas talian melibatkan data perbankan atau maklumat penting peribadi.


"Dalam arus digital, hampir semua rakyat memiliki telefon pintar dan nombor telefon yang boleh dipasang kepada WhatsApp, Telegram dan sebagainya.


"Dengan kemudahan telefon pintar, semua bank turut menjadikannya sebagai kemudahan perbankan dalam talian.


"Dengan perkembangan ini, penjenayah turut berkembang dan memperoleh wang secara mudah dengan menipu, menggodam atau memintas talian telefon pintar pengguna.


"Kepintaran sesetengah individu ini disalahgunakan untuk menggodam nombor telefon dan nombor WhatsApp pengguna," katanya dalam kenyataan hari ini.


Tegas Abun Sui, penjenayah atas talian di negara ini tidak gentar dengan undang undang sedia ada dan mereka menukar taktik menggodam talian telefon mangsa sebaik sahaja taktik sedia ada dikesan.


Katanya, wujud juga scammers yang dikategorikan tegar dan melakukan jenayah berkali kali terutama yang beroperasi dari luar negara atau menggunakan rangkaian bukan dari negara ini.


"Maka undang-undang berkaitan perlulah digubal untuk menangani perbuatan jenayah mereka ini terutamannya "scammer tegar". Kalau dulu kita kenal penjenayah tegar, sekarang ini ada "scammer tegar".


"Kalau scammer tegar atau penjenayah alaf milenium ini tidak diatasi, maka mereka akan terus bergiat dengan lebih hebat lagi dengan memangsakan banyak orang.


"Justeru undang-undang siber lebih tegas perlu diperkenalkan melampaui sempadan negara dengan bekerjasama dengan negara-negara luar," katanya lagi.


Justeru, Abun Sui berharap dengan kerjasama Malaysia dan negara jiran atau serantau dalam membanteras jenayah penggodaman talian maka operasi scammers tegar akan dapat ditangani dengan lebih sistematik pada masa hadapan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page