top of page

Liberal International: Pemimpin PN juga terlibat, jangan nafi - Siti Aishah


Oleh: Abdullah Zaid


Pengarah Aduan dan Kemasyarakatan KEADILAN, Siti Aishah Shaik Ismail membidas sikap sesetengah pemimpin Perikatan Nasional (PN) yang disifat memilih bulu dalam menuduh parti yang dikait dengan agenda liberalisme.


Sedangkan, katanya, Ahli Parlimen PN Wan Saiful Wan Jan pernah mempromosikan Liberal International (LI) sewaktu menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas).


Menerusi satu kenyataan pada Julai 2015 lalu, ujarnya, Saiful pernah menganjurkan Liberalism Conference bersama LI bagi membincangkan ideologi itu secara ‘lebih mendalam’ namun pihak yang berkenaan masih tidak membuat apa-apa kenyataan berhubung perkara itu.


Jelas Aishah, berbeza dengan pendirian KEADILAN yang mengambil tanggungjawab untuk memberi penjelasan terkait isu berkenaan.


"Fahmi Fadzil (Ketua Penerangan KEADILAN) dengan tegas menyatakan KEADILAN tidak terlibat dan telah meminta mereka yang terbabit (LI) untuk mengeluarkan KEADILAN sebagai sebahagian dari mereka (pertubuhan). Keberadaan KEADILAN dalam senarai LI itu juga adalah sesuatu yang tidak mewakili KEADILAN secara total.


"Walaupun KEADILAN dikritik namun KEADILAN sentiasa menerima teguran dan bertanggungjawab dengan sebarang tuduhan yang mengaitkan KEADILAN dengan apa-apa persepsi diwujudkan oleh mereka yang mahu memberikan gambaran buruk KEADILAN kepada rakyat.


"Berbeza dengan pihak PN, sindrom penafian mereka itu jelas seolah-olah mereka tidak pernah melalukan apa-apa yang berbentuk dokongan dan sokongan kepada LI," katanya ketika dihubungi.


Wan Saiful pernah menyertai forum LI yang dianjurkan di Malaysia

Jelasnya, kenyataan yang pernah dikeluarkan oleh pemimpin kanan Bersatu itu menyokong agenda LI beberapa tahun lalu jelas menunjukkan keterbukaan sokongan beliau kepada agenda liberal di Malaysia.


"Ini bukan isu popular yang harus dipopularkan ia adalah isu yang memerlukan nilai kebertanggungjawaban semua pihak.


"Pemimpin PN sepatutnya perlu melihat kepada pemimpin parti mereka sebelum menuding kepada KEADILAN dan PH (Pakatan Harapan).


"Ini soal penting, pemikiran rakyat tidak harus dipesongkan kepada satu nilai politik berat sebelah yang seakan-akan PN berpewatakan berat sebelah dalam menjadi pemimpin yang baik untuk rakyat," ujarnya.


Terdahulu, heboh di media sosial mengenai hantaran oleh beberapa pihak yang dipercayai penyokong PN, mendakwa KEADILAN menjadi dalam organisasi gabungan parti politik liberal antarabangsa selain turut dipercayai mempunyai kaitan menyokong Israel.


Liberal International (LI) adalah sebuah organisasi parti politik liberal di seluruh dunia yang diasaskan di Oxford pada 1947 dan menjadi rangkaian utama bagi parti liberal yang bertujuan untuk mengukuhkan liberalisme di seluruh dunia.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page