top of page

Lepas PRU 15 PN bentuk kerajaan semula dengan Umno BN?



PN dan BN bertembung dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15.


Bagaimanapun, menurut penyandang kerusi parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar pertembungan tersebut hanyalah untuk sementara dalam beberapa waktu sepanjang kempen pilihan raya.


Ujarnya, dalam tempoh itu Pas mengumumkan Muafakat Nasional (MN) yang menjadi penyatu kedua dua parti Melayu itu digantung sementara. Namun gantung sementara, katanya, membawa makna ada kemungkinan akan disambung semula selepas PRU 15.


"Hari ini dia kata kita tangguh dulu MN. Dulu Mursyidul Am Pas kata MN ini perintah Allah. Mai presiden, dia kata tangguh sat. Mana boleh perintah Allah tangguh? Pening kita," kata Mahfuz dalam ceramah Jelajah Harapan Kedah, malam tadi.


Kemudian katanya, Pas berhujah pula Umno itu keruh iaitu ada perlakuan subahat atau menyalahi undang undang yang tidak membolehkannya bersama Pas.


Namun alasan itu, kata Mahfuz hanya untuk memperdaya orang Melayu. Hakikatnya Pas tidak mampu memenuhi syarat syarat yang ditetapkan Umno bagi menghidupkan kembali MN.


"Pas kata dah keruh. Dia kata tak boleh kerjasama dengan Umno, ada keruh. Keruh itu apa, rasuah? Dulu hang buat MN dengan Umno tak tau ke dia keruh?


"Isu tak kerjasama dengan Umno BN bukan pasal keruh, pasal tak dapat penuhi apa yang dituntut. Pas pun kata Umno letak banyak syarat. Syarat utama tak mahu ada Bersatu, syarat lain Umno nak kacau kerusi Pas di Kelantan, Terengganu. Pas kata mana boleh. Kalau Umno bersetuju keruh ke? Tak keruh," kata Mahfuz.


Justeru beliau mengingatkan pengundi bahawa mengundi PN pada PRU 15 adalah sia sia kerana selepas selesai PRU 15 mereka akan mendapat semula kerajaan haru biru BN - PN yang ada sekarang.


"Ini maknanya selepas PRU mereka (PN) akan bersedia untuk berpakat kembali dengan Umno dan BN. Hari ini PN kata konon Anwar akan berpakat dengan Datuk Zahid bentuk kerajaan. Kerana apa, dia mengharapkan orang yang marah dengan BN jangan undi PH, undi PN.


"Padahal dia yang akan kembali bersama BN selepas PRU. Jangan sekali kali kita biarkan undi dijual beli oleh pemimpin yang tamak kuasa seperti PN ini.


"Saya percaya inilah helah mereka untuk kembali berkuasa dengan BN," katanya lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page