top of page

'Lebih baik mansuh jawatan Duta Khas daripada potong peruntukan atlet negara' - Shamsul



Kerajaan BN - PN jelas tidak berwawasan dalam pembangunan atlet negara yang mengharumkan nama Malaysia apabila mengurangkan peruntukan latihan altet kepada RM27.5 juta sahaja pada 2022.


Dengan pengurangan itu, dilaporkan Majlis Sukan Negara (MSN) terpaksa mengurangkan penyertaan atlet dalam program latihan tahun ini, dan hanya 248 ditawarkan kontrak baharu berbanding 432 tahun lalu.


Bagi Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, pengurangan peruntukan melatih atlet itu tidak wajar sama sekali memandangkan kerajaan mampu membayar lantikan Duta Khas Bertaraf Menteri yang mendapat elaun sehingga RM30,000 sebulan manakala kerajaan membayar RM48,000 sebulan untuk keseluruhan kakitangan mereka.


"Untuk apa melantik Duta Khas yang tidak diketahui bidang tugas mereka, dan rakyat pun tidak melihat mereka menyelesaikan apa apa urusan diplomatik negara?


"Mengapakah peruntukan dibazirkan untuk tujuan politik, sedangkan dana tersebut boleh disalurkan kepada program sukan.


"Sekiranya atlet yang dilatih itu memenangi pingat maka nama Malaysia akan harum, berbanding dengan Duta Khas yang tidak pernah mengharumkan nama negara ini," kata Shamsul kepada Suara Keadilan.


Kelmarin, Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail dilapor berkata berikutan peruntukan yang dikurangkan majlis itu terpaksa melakukan penstrukturan semula skim bayaran elaun bagi atlet yang ditawarkan kontrak baharu untuk mengikuti program latihan tahun ini


Katanya, pembayaran akan dibuat berdasarkan pencapaian atlet di empat temasya utama iaitu Sukan SEA, Sukan Komanwel, Sukan Asia dan Sukan Olimpik.


Sebelum ini, katanya skim bayaran sama rata diamalkan, yang memenangi pingat gangsa Sukan SEA misalnya akan menerima kadar yang sama dengan pemenang emas.


Menurut Shamsul lagi, tindakan mengurangan peruntukan latihan pada tahun ini adalah tidak bertanggungjawab kerana akan merosotkan prestasi sukan negara pada masa hadapan.


Katanya, untuk melahirkan atlet bertaraf antarabangsa memakan masa bertahun lamanya. Namun, ujar beliau, terdapat pula atlet yang telah melepasi taraf tersebut digugurkan sebagaimana nasib juara dunia pertama sukan terjun Malaysia, Cheong Jun Hoong.


"Alasan pengguguran itu kerana prestasi kurang memberansangkan sejak 2018 serta faktor usia


"Kalau itu alasannya mengapa tidak disediakan dana khusus untuk melatih atlet pelapis? Dengan memotong peruntukan tentunya atlet pelapis sukar dihasilkan pada masa hadapan," kata beliau lagi.


Untuk rekod, dilaporkan hanya 178 atlet pelapis ditawarkan kontrak baharu pada tahun ini berbanding 260 tahun lalu, dan 22 bagi atlet pelapis para.




0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page