top of page

Lebih baik Hishamuddin desak kerajaan PN pulihkan demokrasi, buka Parlimen


Kritikan Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein terkait kepincangan kerajaan dalam mengurus pandemik Covid-19 serta dakwaan beliau wujud karenah birokrasi terutamanya dalam urusan pemilihan vaksin menimbulkan lebih banyak tanda tanya berbanding jawapan.


Bagi Ketua Penerangan KEADILAN, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohad Akin, tidak jelas siapakah yang dikritik oleh Hishamuddin atau atas sebab apa beliau tiba-tiba bersuara.


Katanya, Hishamuddin sebelum ini jarang mengulas isu-isu pentadbiran apatah lagi yang bukan terkait potfolio beliau.


"Siapakah yang Hishammuddin maksudkan dalam kenyataan beliau (kemelahan pengagihan vaksin), Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin atau Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah?


"Saya hairan kerana sebelum ini Hishammuddin tidak pernah mengulas isu-isu yang tidak berkait dengan portfolio beliau sebagai Menteri Luar, namun sejak nama beliau disebut-sebut sebagai calon Perdana Menteri (PM) bagi menggantikan Tan Sri Mahiaddin Yassin, baru kini kita mendengar pandangan Hishammuddin mengenai pengurusan pandemik Covid-19," katanya dalam kenyataan, hari ini.


Bagaimanapun, menurut Shamsul, isu-isu yang dibangkitkan oleh Hishamuddin tersebut telah lama diwacanakan oleh rakyat dan turut dibangkitkan oleh beberapa tokoh politik, pakar perubatan serta kesihatan sebelum ini.


Lebih wajar, kata Shamsul, pemimpin tertinggi Umno itu fokus membangkitkan pertindihan tugas di antara Kementerian Kesihatan dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dalam pengurusan vaksin yang kelihatan sangat cacamarba.


"Setelah lebih 100 hari sejak tarikh perisytiharan darurat pada 14 Januari lalu, rakyat telah meletakkan harapan kepada kabinet bersaiz raksasa untuk mencari jalan keluar dalam menghadapi pandemik Covid-19, namun ternyata kerajaan telah gagal.


"Kebanyakan menteri dan timbalan menteri dilihat tidak kompeten serta lebih banyak mengeluarkan kenyataan-kenyataan bersifat politik yang menghina serta menyakitkan hati rakyat.


"Sebagai seorang yang cintakan negara dan percaya kepada demokrasi, saya yakin Hishammuddin yang kononnya disebut-sebut sebagai PM dalam penantian (Prime Minister in waiting) berkongsi semangat yang sama.


"Justeru, saya berharap beliau akan turut memainkan peranan mendesak Mahiaddin supaya menamatkan darurat dengan segera dan memulihkan demokrasi dengan membuka Parlimen," katanya lagi.


Spekulasi Hishamuddin akan diangkat sebagai PM tersebar sejak beberapa hari lalu apabila didakwa wujud gerakan dari sebahagian pimpinan Bersatu dan Umno yang cuba membeli sokongan Ahli-ahli Parlimen pembangkang bagi membentuk kerajaan baharu andainya darurat tamat dan kerajaan PM Muhyididn Yassin gagal bertahan.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page