top of page

Lawatan berjaya: Rombongan PM dilayan sebagai tetamu negara



Lawatan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Arab Saudi boleh dianggap berjaya.


Hal itu ditegaskan oleh Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil.


Menurut Fahmi, tohmahan mengatakan lawatan tersebut gagal kerana tidak bertemu Raja Salman Abdulaziz atau Putera Mahkota Mohamad Salman adalah mengarut.


"Saya sebagai peserta rombongan menjadi saksi kita dilayan sangat baik dari saat kita tiba hingga ke saat kami pulang.


"Sepanjang jalan kami diberi penghormatan tertinggi. Jalan jalan dikosongkan untuk laluan PM, kami menaiki kenderaan rasmi. Kami diberi peluang 2 kali ke Masjidil Haram. Diberi penghormatan dengan pasukan keselamatan sampai 50 - 60 orang.


"Kita kena ingat untuk ke Arab Saudi kita perlukan visa dan visa tidak akan diberi kalau pihak kerajaan (di sana) tidak meluluskan. Jadi memang dari segi itu kita lihat tidak menjadi isu (lawatan bukan jemputan kerajaan)," katanya.


Bagaimanapun Fahmi berkata, kelewatan Raja Salman untuk bertemu PM berkemungkinan kerana masuknya bulan Ramadan dan berubahnya jadual kerja di negara Arab itu.


Oleh sebab itu, katanya, kerajaan Arab Saudi memohon PM menambah tempoh lawatan kepada 2 hari lagi.


"Jadi ada permintaan, tetapi oleh sebab Yang di-Pertuan Agong telah berkenan mengadakan satu majlis (iftar) semalam, kerana PM perlu memenuhinya (sebagai ketua kabinet).


"Perdana Menteri mesti memberi keutamaan (acara Agong), tidak boleh membatalkannya. Itu sebabnya PM merasa dukacita. Beliau ingin meneruskan untuk bertemu Raja Salman dan Mohamad Salman," jelasnya.


Kepada pihak yang terus membuat tuduhan melulu, Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan itu meminta mereka agar menghentikannya, tambahan pula, kata Fahmi umat Islam berada pada bulan Ramadan yang mulia.


"Hentikanlah, kita masuk bulan puasa, waktu beribadat. Bermuhasabah. Yang penting bagi saya lawatan itu mencapai objektif. Saya menjadi saksi pertemuan PM dengan Setiausaha Agung OIC, Bank Pembangunan Islam dan itu untuk bawa masuk pelabur ke Malaysia," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page