top of page

Calon Menteri ikut cadangan parti elak konflik dalaman - Fahmi



Pakatan Harapan (PH) perlu belajar daripada pengalaman Kerajaan PH 1.0 selama 22 bulan yang antara punca kejatuhannya akibat pelantikan menteri membelakangkan kehendak parti.


Bagi Menteri Komunikasi Digital, Ahmad Fahmi Fadzil, untuk mengelakkan pengalaman kerajaan PH 1.0 itu berulang maka amat penting kali ini menteri dilantik berdasarkan pilihan parti dan tidak melakukan sekali lagi kesilapan Tun Mahathir yang melantik menteri mengikut perhitungan Perdana Menteri (PM) semata mata.


"Sangat pentung pengalaman 2018 hingga 2022 (PH 1.0), iaitu pelantikan menteri sekiranya tidak melalui parti seperti Mahathir buat atau Muhyiddin buat dan Ismail Sabri buat. Dia akan mewujudkan keadaan parti dalam parti.


"Macam contohnya 2018, KEADILAN tidak calonkan Azmin (sebagai menteri) dia Menteri Besar Selangor tiba tiba nama dia naik, kita juga tidak calonkan beberapa orang yang lain, tetapi Azmin membolehkan mereka dilantik. Tetapi akhirnya hampir kesemua berkhianat.


"Itu sebenarnya kondisi bila PM tidak hormat pada konsep musyawarah buat keputusan dalam jemaah, yang mana pada waktu itu, memulakan siri ketidakstabilan.


"Jadi kita belajar daripada itu dan tidak lagi membuat keputusan sendiri. Tetapi sebab kerajaan ini terbentuk dengan keputusan ketua parti masing masing, GPS, BN, PH dan pari lain," katanya.


Tegas Fahmi, sekiranya PM Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak nama yang disenaraikan parti maka tidak mustahil akan berlaku sekali lagi persaingan politik kluster menteri dan kluster presiden parti sebagaimana dalam kerajaan PH 1.0, Kerajaan PN dan kerajaan BN - PN.


"Maka nak tak nak, PM perlu berhubung dengan parti masing masing, terpulang kepada setiap parti untuk pilih (calon menteri). Kita tak masuk campur hal ehwal mana mana parti. Itu kesilapan Mahathir, Muhyiddin dan itu juga kesilapan Ismail Sabri


"Bila wujud parti dalam parti akan ada dinamik yang sangat tidak sihat sebab persaingan dalam parti perlu diselesaikan dalam pemilihan (parti). Bila ada yang tak patut dilantik dan dinamakan maka berlaku pertandingan kedua (dalam kerajaan) yang tidak sihat," katanya.


Mengenai popular atau tidak keputusan pelantikan Menteri kabinet kali ini, bagi Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata yang menentukan sokongan kelak adalah prestasi menteri berkenaan bukan dari parti mana mereka berasal.


"Bagi saya dalam 2018 bila Mahathir lantik beberapa orang (tertentu), semua gembira tetapi kemudian ada juga yang tidak puas hati.


"Misalnya semua orang tidak suka dengan menteri kereta terbang. Semua tak suka dengan menteri doraemon. Mungkin saat ini orang terjemahkan rasa tak puas hati dengan cara ini (di media sosial).


"Yang penting kita kena berwaspada kerana dalam masa sama ada pihak yang melukut di tepi gantang, menagguk di air keruh. Mereka menantikan saat Kerajaan Perpaduan ini ada keretakan untuk mereka pergunakan bagi merobohkan, dan masuk sekali lagi melalui atap dan pintu belakang. Itu sentiasa kita kena berhati hati," katanya lagi.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page