top of page

Laksana reformasi ekonomi wanita, tegak keadilan sosial



Oleh: Helmi Mohd Foad


Kerajaan digesa untuk melabur dalam pelaksanaan reformasi bagi golongan wanita termasuk di Sarawak kerana ia dianggap sebagai benih untuk membina masa depan negara yang lebih sejahtera, saksama dan inklusif.


Perwakilan Sarawak, Nur Jafni Abdullah berkata perkara itu bukan sekadar masalah gender sebaliknya satu keperluan masyarakat yang memerlukan perhatian segera.


"Pertama sekali, pemberdayaan ekonomi adalah asas kemajuan. Wanita di Malaysia terutamanya di Sarawak, telah menghadapi halangan sistemik yang menghalang penyertaan mereka dalam ekonomi.


"Akses terhad ruang lingkup kerja dan ekonomi serta norma masyarakat telah mengehadkan peluang ekonomi mereka telah menjadi punca utama kepada keboleh pasaran tenaga wanita dalam pasaran ekonomi," katanya ketika membahas Ucapan Dasar Ketua Wanita KEADILAN pada Kongres Nasional Tahunan Wanita Keadilan ke-17 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya hari ini.


Nur Jafni berkata masa depan wanita akan lebih berkembang sekiranya mereka diberikan akses yang sama kepada sumber, pendidikan, dan peluang pekerjaan.


"Kesan domino daripada pemberdayaan ini tidak terhad kepada wanita itu sendiri, ia akan meningkatkan keluarga, komuniti, dan pada akhirnya, ekonomi negara," ujarnya.


Katanya, reformasi ekonomi bagi wanita Sarawak bukanlah hanya tanggungjawab moral tetapi keperluan strategik.


"Kajian telah menunjukkan secara konsisten bahawa ekonomi berkembang dengan pesat apabila wanita diberi kuasa ekonomi. Mereka membawa perspektif baru, set kemahiran yang berbeza dan pendekatan unik dalam penyelesaian masalah.


"Dengan mengabaikan sumber bakat yang besar ini, kita tidak hanya menafikan wanita tempat mereka yang sepatutnya dalam masyarakat, tetapi juga menghalang pembangunan dan kemajuan keseluruhan rantau ini," katanya.


Sementara itu wakil Sabah, Datin Rufinah Pengeran membangkitkan keadaan Negeri di Bawah Bayu itu yang masih jauh ketinggalan dan berharap Belanjawan 2024 yang memperuntukkan RM6.6 bilion dapat memberi kesejahteraan kepada rakyat negeri itu.


Wakil Sabah, Datin Rufinah Pengeran

"Di tahun 2023 ini, Sabah masih jauh ketinggalan. Banyak peruntukan, tapi rencat perlaksanaan. Kos sara hidup mencengkam, tinggi kadar pengangguran.


"Misalnya, meskipun infrastruktur digital baharu akan disediakan di 382 tapak dan sebanyak 781 Points of Presence (POP) sedang dilancarkan di Sabah menerusi program Inisiatif Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA), sehingga hari ini, masih banyak kawasan premis kerajaan, perumahan dan komersial yang tidak dapat mengakses rangkaian Internet.


"Bukan sekadar capaian talian,

Jalan-jalan raya pun macam di Bulan,

Dari Pensiangan hingga ke Sandakan,

Geleng kepala kita kawan.


"Apabila kami orang Sabah tekankan soal pembangunan di Sabah, yang kami ingin hanyalah untuk keadilan sosial ditegakkan," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page