top of page

Kurikulum Prasekolah 2026 angkat budaya membaca sejak usia awal

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 11 hours ago
  • 1 min read

DS Fadhlina menekankan pentingnya budaya membaca yang kian terhakis akibat budaya gajet terkini
DS Fadhlina menekankan pentingnya budaya membaca yang kian terhakis akibat budaya gajet terkini

Kurikulum Prasekolah 2026 bakal meletakkan budaya membaca sebagai teras utama literasi awal kanak-kanak.


Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata usaha itu selari dengan agenda negara untuk mengangkat kembali budaya keilmuan, selain menggalakkan minat membaca dalam kalangan kanak-kanak sejak awal usia.


Tambahnya, tradisi memegang buku dan membaca kekal relevan serta perlu terus diperkasa melalui pelbagai inisiatif termasuk program Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) dan penyediaan ruang membaca khas di prasekolah.


"Saya mengambil kira beberapa agenda negara yang menitikberatkan soal keilmuan, termasuk usaha mengangkat kembali teras-teras utama keilmuan seperti budaya membaca," katanya dipetik pada Malam Kota Buku 2025 di Cyberjaya pada Jumaat.


Malam Kota Buku 2025 mengetengahkan pencapaian Perbadanan Kota Buku (PKB) sebagai agensi Kementerian Pendidikan dalam membangunkan prasarana dan pelaksanaan program bacaan secara tersusun.


Majlis itu turut menyaksikan penyampaian pengiktirafan kepada pemain industri, sekolah, komuniti bacaan dan rakan strategik bagi menggalakkan kecemerlangan dan kerjasama rentas sektor.


Sementara itu menerusi ucapannya, Fadhlina memuji kejayaan pelaksanaan Baucar Buku MADANI oleh Perbadanan Kota Buku (PKB) yang disifatkan antara inisiatif paling berkesan dalam menggalakkan minat membaca dalam kalangan murid dan guru.


Menurutnya, tahun 2026 juga akan memberi tumpuan kepada pengukuhan industri buku serta penggunaan teknologi digital secara beretika bagi memperluas akses kepada bahan bacaan berkualiti.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page