top of page

Kukuhkan PH, terbuka kerjasama lain-lain parti demi selamatkan rakyat - Anwar


KEADILAN mengambil pendirian untuk mengukuhkan kerjasama dengan rakan-rakan seperjuangan sejak sekian lama seperti DAP dan Amanah dalam bergerak seiring sebagai pembangkang.


Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian dalam Perutusan Khas beliau pagi tadi.


Katanya, sebarang urusan bersama kedua-dua parti itu perlu dilakukan secara tertib dan mengutamakan semangat musyawarah.


"Dalam keadaan sekarang ini, kita perlu menyempurnakan tugas dan berganding bahu dengan lebih erat dengan rakan-rakan kita, dengan DAP dan Amanah, dan jangan biarkan hal-hal kecil kita berbeza pendapat itu diperbesarkan.


"Apa-apa keputusan diambil secara bermesyuwarah. Logo pun mesyuwarah. Tiada siapa boleh paksa dan kita juga tidak memaksa mereka. Itu cara kita. Kita belajar dari pengalaman lalu dan kita tahu punca pengkhianatan kerana prinsip ini dinodai oleh rakan baru, menyebabkan kepincangan sekarang," katanya.


Bagaimanapun, Pengerusi Pakatan Harapan itu terbuka dengan idea kerjasama melibatkan pelbagai parti menghadapi kerajaan Perikatan Nasional.


Katanya, dalam suasana pandemik yang mengorbankan nyawa dan kebobrokan kerajaan PN, kerjasama melibatkan lebih banyak parti harus dilakukan demi menyelamatkan rakyat dan negara.


"Keadaan berubah. Kita tidak boleh mengambil sikap yang terlalu keras untuk menolak bentuk kerjasama. Sekarang pun, selain PH kita bersedia kerjasama dengan rakan-rakan dalam pembangkang dan kita mengambil sikap bersama.


"Tetapi jangan anggap nak bolot kuasa atau nak teruskan dengan cara rakus, kronisme, beri kontrak tanpa tender. Hal-hal yang sedemikian tidak boleh kita setuju.


"Kita mahu kesepakatan dalam kelompok pembangkang kerana kita lihat ada ketegangan dalam PN. Kita mengambil sikap bekerjasama untuk menyelamatkan rakyat. Negara tidak boleh menyelamatkan rakyat kerana nakhoda sekarang ini, kapalnya tidak berhaluan," katanya.


Sehubungan itu, katanya, KEADILAN harus mengambil kesediaan untuk melebarkan kerjasama termasuk ke atas parti yang sebelum ini dianggap sebagai musuh.


"Kita pernah kerjasama dengan musuh sebelum ini tetapi syaratnya harus tegas tidak boleh tolak ansur dan perjanjian kita pastikan tidak mungkin dimungkiri," katanya.


Sekiranya hal itu dikompromi, kata Anwar, maka tanggapan rakyat sebelum ini akan menjadi kenyataan; pimpinan silih berganti, PM berganti tetapi tiada apa yang berubah.


Masih bergelut isu mengumpul kekayaan, rampas khazanah, mengkayakan keluarga dan anak pinak oleh mereka yang sebelum itu berjuang menentang rasuah.




0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page