top of page

KSM akan selesai isu pekerja warga Bangladesh ditipu



Sekumpulan warga Bangladesh yang dilapor dibawa masuk secara sah oleh agensi pekerjaan tetapi tidak diberi pekerjaan selama beberapa bulan bakal dibantu.


Menteri Sumber Manusia, Steven Sim berkata, kementeriannya akan memanggil agensi yang membawa mereka masuk dan majikan yang tertera pada dokumentasi mereka untuk disiasat.


"Kita tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang bersalah," katanya.


Media pada Isnin melaporkan tindakan pihak polis yang menahan ratusan warga Bangladesh di Pengerang, Johor yang sebelumnya berjalan beramai-ramai untuk membuat laporan polis bahawa mereka tidak diberikan pekerjaan oleh ejen.


Kumpulan yang terdiri daripada 171 lelaki Bangladesh berusia antara 19 hingga 43 tahun itu ditahan mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen dan dihantar ke Jabatan Imigresen Setia Tropika di Johor Bahru.


Susulan itu bekas Ahli Parlimen Sungai Buloh, R Sivarasa menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyiasat ejen-ejen pengambilan pekerja yang didakwa tidak menyediakan pekerjaan kepada warga asing yang dibawa masuk.


Steven Sim sementara itu memaklumkan perjumpaan akan diadakan dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail untuk memperhalusi dan menambah baik dasar-dasar berkaitan pekerja migran.


Sementara itu kementerian juga akan membantu warga Bangladesh terbabit mendapatkan pekerjaan.


"Tindakan ini dilaksanakan atas dasar kemanusiaan memandangkan perkara ini sebenarnya di luar bidang kuasa kementerian," jelasnya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page