top of page

KPM beri khidmat psikososial kepada keluarga Allahyarham Istiqomah



Kementerian Pendidikan (KPM) akan memberi khidmat psikososial termasuk kaunseling secara berterusan kepada keluarga terutama anak-anak Allahyarham Istiqomah Ahmad Rozi.


Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek menyatakan komitmen itu ketika menziarahi keluarga Allahyarham di kediaman mereka di Kampung Kubang Badak, Pasir Mas pada Selasa.


"Kita harap ia (kaunseling) diberi secara berterusan dan saya minta Ketua Pengarah (Pendidikan) melihat keperluan untuk menyokong dari pelbagai aspek khususnya bagi anak yang masih bersekolah.


"Saya merakamkan takziah dan pada kesempatan ini kita telah sampaikan sumbangan bagi memberi sokongan kepada keluarga termasuk daripada Yayasan Guru Tun Hussein Onn (YGTHO)," katanya dipetik.


Istiqomah, 33, dilaporkan hilang di Kota Masai, Johor pada 27 Disember 2023 sebelum mayatnya ditemukan dalam keadaan tragis di Kampung Tanjung Rimau, Pulau Sebang, Alor Gajah, Melaka pada 31 Disember dipercayai dibunuh.


"Kejadian ini memberi kesan yang menyayat hati apatah lagi Cikgu Istiqomah seorang guru yang sangat berdedikasi dan memberi komitmen sepenuhnya sebagai pendidik.


"Allahyarham sudah lama berkhidmat sebagai pendidik di sekolah rendah di Johor dalam mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) dan seorang yang komited dengan kerjanya," kata Fadhlina.


Beliau sementara itu berkata, pihaknya turut akan melihat keperluan lain termasuk pemberian pencen untuk keluarga serta kebajikan untuk anak-anak Allahyarham.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page