top of page

Konvensyen Perpaduan diteruskan ke Parlimen, DUN - MB Perak



Oleh: Abdullah Zaid


Pimpinan Perpaduan Perak akan terus memperluas anjuran konvensyen ke peringkat Parlimen mahupun DUN bagi memperkasakan jentera antara parti dalam komponen kerajaan.


Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, tekad itu dibuat bagi mencari titik keserasian sekali gus dapat mempertingkatkan lagi keutuhan kerjasama parti sepanjang mentadbir negeri.


"Kita yakin dan sangat mengharapkan semua perwakilan yang hadir konvensyen dapat memahami bahawa ia bukan sahaja diadakan di peringkat negeri tetapi akan diteruskan ke kawasan Parlimen dan DUN malah diteruskan ke peringkat Pusat Daerah Mengundi (PDM)," katanya dalam sidang media Konvenysen Perpaduan Perak di Hotel Casuarina, Ipoh hari ini.


Jelasnya, usaha itu diharapkan dapat memberi keyakinan rakyat bahawa blok Perpaduan bersedia untuk melakukan perubahaan besar demi memakmurkan negeri.


"Oleh itu, dengan chemistry (konvesyen perpaduan) yang kuat ini kita yakin boleh memberi keyakinan kepada rakyat Perak bahawa kerajaan ini kuat dan bersedia membuat langkah-langkah demi memakmurkan rakyat Perak," ujarnya.


Selain itu, ketika ditanya mengenai momokkan Islam dan Melayu terancam di bawah Kerajaan Perpaduan, beliau yang juga Menteri Besar Perak mengesahkan tiada ancaman seperti itu sama sekali.


Sebaliknya, kata Saarani, sebarang keputusan yang dibuat dalam mesyuarat Kerajaan Negeri mengambil kira peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang jelas menjaga institusi agama dan kaum.


"Saya mengesahkan dalam negeri perak tidak pernah berlaku langsung dalam mesyuarat Exco perkara yang mengambarkan gerakan yang memberi ancaman kepada Islam dan Melayu.


"Selain itu, saya ingin mengesahkan tiada masjid mahupun surau ditutup bahkan peruntukan kepada institusi agama terus ditingkatkan," ujarnya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page