top of page

Kongres 2026 lonjak semangat kebangkitan KEADILAN

  • Writer: Noraini Nordin
    Noraini Nordin
  • 1 hour ago
  • 2 min read
Ucapan perasmian Kongres Nasional KEADILAN 2026 oleh DS Anwar menaikkan semangat anggota KEADILAN
Ucapan perasmian Kongres Nasional KEADILAN 2026 oleh DS Anwar menaikkan semangat anggota KEADILAN

Sorotan khas Kongres Nasional KEADILAN 2026: Kongres Nasional KEADILAN 2026 mungkin yang terakhir sebelum ketibaan PRU16.


Menyedari hakikat tersebut, kongres tahun ini memperlihatkan hampir senada suara perwakilan adalah bertemakan kebangkitan.


Kebangkitan yang dimaksudkan ialah bangkit selepas beberapa kekalahan serta dikhianati oleh rakan sendiri iaitu BN yang secara terang-terang memilih untuk bekerjasama dengan PN dalam PRN Johor dan Negeri Sembilan.


Pada PRN Melaka yang bakal mendatang tidak mustahil BN akan sekali lagi bekerjasama juga dengan PN untuk menentang PH yang merupakan rakan kerjasama parti itu di peringkat pusat.


Selain itu, KEADILAN juga berdepan cabaran daripada tindakan beberapa ahli parti sendiri yang menubuhkan parti Bersama, juga dengan tujuan untuk menentang KEADILAN.


Sebagai parti yang berjuang lebih 25 tahun sebagai pembangkang dan telah melalui pelbagai onak duri perjuangan, kekalahan dan dikhianati kawan dan dilawan kawan sendiri bukanlah pengakhiran bagi KEADILAN.


KEADILAN tidak akan mengalah dan akan terus melawan melalui kebangkitan yang bakal digerakkan.


Kalau dilihat daripada ucapan sebahagian besar perwakilan pada kongres kali ini, nada ingin bangkit itu begitu jelas kedengaran.


Mereka mahu KEADILAN terus melawan menghadapi apa juga cabaran supaya akhirnya kemenangan pada PRU16 dapat diperolehi dan kedudukan sebagai kerajaan mampu dikekalkan.


Berbagai cadangan telah dikemukakan di pentas kongres kali ini dengan maksud agar KEADILAN mampu bangkit dan tidak terbiar longlai dengan segala cabaran yang telah berlaku.


Suara akar umbi


Ternampak di sini bahawa semangat perwakilan yang merupakan suara akar umbi pasti masih kuat dan kental untuk memastikan obor perjuangan KEADILAN terus bernyala.


Bahkan tidak terdengar suara mahu mengalah dan ingin membiarkan pihak lawan menang mudah begitu saja.


Sesungguhnya, dalam apa jua perjuangan, yang paling penting ialah semangat untuk terus melawan.


Patah kaki bertongkat lutut

Patah lutut bertongkat siku

Patah siku bertongkat dagu

Patah dagu bertongkat kuku

Patah kuku bertongkat misai

Namun, pantang sekali muka terkena tanah.


Sesungguhnya, berserta semangat Lawan Tetap Lawan yang sudah sebati dalam diri anggota KEADILAN semangat untuk bangkit kali ini tampak begitu luar biasa.


Bangkit kali ini bukan saja mempertahankan kemenangan, tetapi juga menolak pengkhianatan dan kawan yang lupa kepada kesetiaan dalam perjuangan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page