top of page

KKM siasat kandungan dua produk mi segera boleh mendatangkan kanser



Kementerian Kesihatan (KKM) sedang menyiasat dua produk mi segera keluaran Malaysia dan Indonesia yang didakwa mengandungi sebatian kimia yang boleh menyebabkan kanser.


Menterinya, Dr Zaliha Mustafa berkata siasatan akan dijalankan terlebih dahulu sebelum sebarang tindakan susulan dijalankan termasuk mengarahkan pemberhentian jualan dua produk mi segera terbabit di pasaran.

Tegasnya, setakat kini beliau belum mendapatkan maklumat lanjut berhubung penemuan oleh Jabatan Kesihatan Taipei, terhadap satu jenama mi segera terbabit.


"Jika ujian dilakukan terhadap dua produk mi segera itu mengesahkan ia mengandungi bahan seperti didakwa, iaitu etilena oksida (ethylene oxide) yang dikaitkan dengan penyakit limfoma dan leukemia, kita arah supaya dihentikan penjualannya.


"Saya akan dapatkan maklumat mengenai perkara ini selepas pendedahan mengenainya disiarkan media,” katanya dipetik Berita Harian.


Isnin lalu, agensi berita CNA melaporkan Jabatan Kesihatan Taipei mendapati sebatian kimia etilena oksida yang dikaitkan dengan penyakit limfoma dan leukemia dikesan dalam kedua-dua mi dan peket perencah produk terbabit.


Sebuah syarikat pengeluar mi segera dari Malaysia kemudian mengesahkan syarikat itu menghantar stok mi segera ke Taiwan tahun lalu dengan tarikh luput tertentu.


"Bagaimanapun, tarikh luput produk mi segera dikaitkan dengan penemuan pihak berkuasa Taipei itu tidak selari dengan bekalan yang kami hantar ke sana," katanya.

Sementara itu, beberapa persatuan pengguna tempatan menggesa KKM segera mengambil tindakan sekiranya benar penemuan yang dilaporkan pihak berkuasa Taipei itu demi kepentingan pengguna.


Timbalan Presiden Pertubuhan Mesra Pengguna Malaysia (PMPM), Azlin Othman turut mendesak Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan KKM mengenal pasti kandungan produk mi segera yang lain, bagi memastikan tahap keselamatan dan kualiti produk jenis ini dijamin selamat untuk dimakan.


"KKM perlu menyenaraikan produk yang dikenal pasti mengandungi bahan beracun dan tidak selamat menerusi siaran media, supaya pengguna lebih maklum mengenainya.


"Saya juga menasihatkan pengguna supaya lebih teliti sebelum membeli produk. Kita perlu lebih rajin mendapatkan maklumat supaya dapat mengenal pasti produk yang mengandungi bahan berbahaya," katanya dipetik.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page