"Kita kasi Onn Abu Bakar DUN Senggarang" - Nurul
- Redzuan Shamsudin

- 6 days ago
- 2 min read

Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Senggarang, Onn Abu Bakar disifatkan sebagai seorang pemimpin yang tenang, rajin bekerja serta sentiasa memberi perhatian kepada keperluan masyarakat.
Oleh itu, kata Timbalan Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar, sewajarnya pengundi di DUN berkenaan memilih Onn dalam Pilihan Raya Negeri Johor 11 Julai ini.
Nurul Izzah sebelum ini menghadiri Program Yasinan Kelompok di Kampung Minyak Beku bersama Onn dalam siri kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
"Sepanjang mengenali Onn, saya melihat beliau sebagai seorang yang sangat tenang, bekerja keras, rajin mendengar dan memberi tumpuan kepada perkara yang benar-benar penting untuk masyarakat di Parlimen Batu Pahat.
"Mungkin sebab itu beliau mudah didekati," katanya dalam dalam hantaranh di media sosial.
Menurut beliau yang menghadiri program keagamaan seperti Yasinan Kelompok di Kampung Minyak Beku kelmarin, menyifatkan aktiviti seumpama itu bukan sekadar mengeratkan hubungan antara pemimpin dan masyarakat, malah menjadi wadah untuk mengukuhkan nilai kebersamaan, doa serta harapan demi kesejahteraan penduduk.

"Di sebalik kemeriahan kempen, inilah ruang yang mengingatkan kita tentang nilai kebersamaan, doa dan harapan.
"Bertemu penduduk, bertanya khabar dan mengaminkan doa yang sama, moga-moga Senggarang terus diberikan kesejahteraan dan dipimpin oleh mereka yang benar-benar mahu berkhidmat," katanya.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada penduduk Kampung Minyak Beku atas sambutan yang diberikan sepanjang program berkenaan berlangsung.
"Terima kasih buat seluruh warga Kampung Minyak Beku. Semoga Allah SWT memberkati setiap usaha dan mempermudahkan segala urusan kita," katanya.
Untuk rekod, Onn merupakan Ahli Parlimen Batu Pahat yang mana terletaknya DUN Senggarang.
Beliau mempertaruhkan reputasinya sebagai Ahli Parlimen Batu Pahat untuk memenangi kerusi DUN tersebut.




Comments