Khuzzan dakwa BN guna politik takutkan pengundi di Semerah
- Suara Keadilan

- Jul 8
- 1 min read

Calon Pakatan Harapan (PH) Mohd Khuzzan Abu Bakar (gambar), mendakwa Barisan Nasional (BN) kini berada dalam keadaan terdesak untuk mempertahankan kerusi DUN N.17 Semerah.
Beliau mendakwa Pengerusi BN Johor, Onn Hafiz Ghazi, menggunakan sentimen politik menakut-nakutkan pengundi Melayu dalam satu kempen pilihanraya baru-baru ini apabila mendakwa ‘satu undi kepadanya bersamaan satu undi kepada DAP’.
"Saya bertanding atas prinsip keadilan, tadbir urus yang baik serta komitmen untuk berkhidmat kepada rakyat tanpa mengira latar belakang politik.
"Rakyat Semerah menilai calon berdasarkan rekod perkhidmatan dan keupayaan menyelesaikan masalah, bukannya label politik yang digunakan untuk menakut-nakutkan pengundi," katanya dipetik laporan media.
Onn Hafiz sejak awal dilihat gemar menyasarkan DAP sebagai 'modal politik' untuk mewajarkan tindakan BN Johor bertanding secara bersendiri dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.
Kenyataan Menteri Besar Johor itu termasuk mendakwa enggan "duduk semeja" dengan DAP mengambarkan beliau masih terperangkap dan mengamalkan cara politik lama yang sepatutnya sudah ditinggalkan dalam Malaysia moden
Sementara itu, Mohd Khuzzan mempersoalkan apakah percubaan terbaharu Onn menakut-nakutkan pengundi dengan mensasarkan DAP sebenarnya usaha mengalih perhatian rakyat dari isu-isu lebih mendesak.
Hal itu, katanya termasuk kegagalan pentadbiran Onn Hafiz menyediakan peluang pekerjaan berkualiti, peningkatan kos sara hidup dan penyediaan perumahan mampu milik untuk rakyat negeri itu.




Comments