top of page

Ketepi ideologi lama, pecah belah guna isu agama, kaum - PM



Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta rakyat mengetepikan ideologi lama yang cuba memecahbelahkan masyarakat dengan mengeksploitasi isu perkauman dan agama.


Perdana Menteri berkata ketika semua agama sama ada Islam, Kristian atau Hindu mengajar nilai-nilai murni, tiada agama yang menyebarkan kebencian untuk memecahbelahkan sesebuah masyarakat.


"Kita ini Malaysia, kita anak Malaysia. Melayu, Cina, India, Kadazan dan Dayak, kita bekerja sebagai satu pasukan. Jangan tunduk kepada pemikiran-pemikiran lapuk, mengadu domba, menggunakan isu kaum, agama.


"Agama mana yang ajar kita, menggunakan agama untuk meniupkan kebencian? Semua agama mengajar kita untuk memupuk kasih sayang dan hormat-menghormati.


"Ini yang harus kita tumpu, kalau tidak, pelajar sekolah, tidak kira tingkatan berapa, mudah terpengaruh dengan fahaman-fahaman ini," katanya dipetik berucap di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Bukit Mertajam di sini pada Jumaat.


Anwar merupakan bekas pelajar sekolah tersebut.


Perdana Menteri berkata semua orang menyayangi agama masing-masing dan mahu memartabatkannya tetapi ia tidak bermakna seseorang itu perlu memandang serong kepada agama dan budaya orang lain.


"Siapa tidak sayangkan agama masing-masing? Saya mahu Islam dimartabatkan. Saya bangga menjadi seorang anak Melayu, saya cinta kepada bahasa dan budaya tetapi itu tidak bermakna saya perlu menanam pandangan serong kepada bahasa lain.


"Kerana saya tahu, ada kekuatan dan sastera budaya gemilang dalam bahasa lain. Bagaimanapun, ia tidak menghakis keyakinan saya sebagai orang Melayu dan Islam.


"Ini menunjukkan bahawa, budaya Melayu dan Islam menunjukkan ada sikap kemanusiaan, ihsan dan kasih sayang antara satu sama lain," tambah beliau lagi.

0 comments

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page