top of page

Kesal sikap kerajaan PN derhakai Agong - GRM


Sikap mendahului Yang di-Pertuan Agong (YDPA) dalam memansuhkan Ordinan Darurat oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) ditentang keras oleh NGO-NGO pro Reformasi.


Menurut Koordinator Gabungan Reformis Malaysia (GRM), Mustaffa Kamil Ayub, tidak sewajarnya Menteri Undang-undang Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengumumkan pemansuhan Ordinan Darurat secara melanggar Perlembagaan, tanpa mendapat perkenan Agong.


"Hari ini dengan titah dukacita YDPA terhadap tindakan Kerajaan PN mendahului kuasa YDPA dalam persoalan membatalkan Ordinan Darurat sebelum dibincangkan di Parlimen serta sebelum diperkenan YDPA, menjelaskan hakikat sebenarnya.


"GRM kesal terhaap sikap Kerajaan PN yang membelakangkan kuasa YDPA dan adanya unsur penipuan terhadap Parlimen serta rakyat. Mereka mesti mengambil tanggungjawab sepenuhnya dalam peristiwa yang cukup memalukan ini. Kerajaan PN sewajarnya berundur.


"GRM menyeru semua pihak untuk bersama di landasan politik nilai dalam merungkai kemelut semasa negara," kata Mustaffa dalam satu kenyataan.


Menurut beliau lagi, rakyat di akar umbi semakin resah dan tertekan dengan keadaan kemelut politik yang ada sehingga membawa kepada kemelut ekonomi, sosial, keselamatan dan kesihatan. Ia juga membawa kepada sejumlah rakyat menjadi muak dengan persepsi sandiwara politik yang berlaku.


Oleh itu, seharusnya politik Malaysia tidak lagi dijadikan medan merebut kuasa dan berobah kepada konsep politik nilai serta mengutamakan kebajikan rakyat.


"Sesungguhnya Malaysia memerlukan politik nilai menjelang PRU 15, yang terangkum antara lainnya politik yang menekankan kepentingan rakyat, anti rasuah, bebas daripada politik wang, pemimpin tabah-sabar-istiqamah, kepemimpinan berhikmah-amanah--berwawasan, tidak lompat parti, tidak sombong dan mesra rakyat.


"GRM juga berkeyakinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pasukannya amat komited dengan politik nilai dalam membawa Malaysia keluar daripada kemelut semasa kini," katanya lagi.


Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh 10 NGO yang bergabung di bawah GRM.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page