top of page

Kerjasama tangani Covid di Johor: Libatkan pembangkang dalam pelbagai jawatankuasa


Kerajaan Negeri Perikatan Nasional (PN) Johor diseru agar melibatkan wakil rakyat pembangkang dalam pelbagai mesyuarat dan jawatankuasa peringkat kawasan atau negeri di Johor.


Hal berkenaan ditimbulkan oleh Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Johor, Syed Ibrahim Syed Noh dalam mesyuarat wakil rakyat kerajaan bersama pembangkang Johor, semalam.


Menurut Syed Ibrahim, beliau dan ketua-ketua parti komponen Pakatan Harapan (PH) dipanggil untuk menghadiri mesyuarat secara fizikal dengan Menteri Besar (MB) Johor, Datuk Hasmi Mohammad berhasil menimbulkan peri pentingnya ketelusan serta maklumat mengenai jangkitan Covid 19 di negeri itu dikongsi bersama wakil pembangkang.


"Kalau kita nak perang melawan Covid, kita (pembangkang akan) beri kerjasama. Tak ada isu menolak atau tak mahu kerjasama dengan pengkhianat, lompat dan lain-lain. Kita ketepikan kerana ini isu rakyat.


"Intipati pertama dalam mesyuarat, saya katakan titah Tuanku Sultan minta kita bekerjasama. Tetapi apabila kita dengar pembentangan pengarah kesihatan, daripada badan bertindak Covid negeri, perkara utama yang saya dengar adalah mengenai penyampaian kepada rakyat seolah-olah 'tak menang tangan' nak sampaikan masalah Covid, pematuhan SOP, masalah vaksin, pendaftarannya dan pengambilan vaksin. Peranan perlu dimainkan oleh semuadalam hal ini. Perlu sampai kepada rakyat perlunya mengambil vaksin.


"Saya bangkitkan juga antara ciri penting kerjasama mesti ada maklumat yang betul, ketelusan dan ketepatan. Kalau kerjasama sehala sahaja dan MP pembangkang terpaksa bersusah payah buat sendiri, cari sendiri, tak ada inisiatif agensi mahu berkongsi maka tak berlaku kerjasama tersebut.


"Mesti ada kesungguhan di peringkat negeri dan persekutuan. Caranya bukan dengan beri takimat saja tetapi wakil rakyat terlibat dalam jawatankuasa bencana juga task force Covid supaya kita boleh tahu apa isunya. Seperti mesyuarat hari ini, berapa kerap perlu bermesyuarat? Kalau sekali sahaja tanpa tindakan maka ia 'tak menjadi'," kata beliau dalam sesi siaran langsung Facebook "Sensasi Malam Ini", malam tadi.


Ahli parlimen Ledang itu turut meluahkan rasa tidak puas hati dengan beberapa wakil rakyat pembangkang yang terpaksa ke Pejabat Daerah untuk bersama sesi mesyuarat seperti Ahi Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman, sedangkan Tuanku Sultan Johor bertitah agar mesyuarat melibatkan kesemua wakil rakyat.


Syed Ibrahim juga membangkitkan ujian saringan yang dilaksanakan di Johor masih berdasarkan kluster jangkitan Covid dan bukannya mass testing sebagaimana di Selangor.


Katanya, jika dilakukan saringan besar-besaran maka kerajaan boleh menentukan kawasan mana jangkitan tinggi dan trend peningkatan Covid.


"Mengenai pendaftaran vaksin pula saya rasa dengan jumlah bekalan vaksin, jumah pendaftaran cukup tinggi mungkin lebih 11 juta agak tidak seimbang. Yang disuntik vaksin baru 1.7 juta. Ada 10 juta lagi yang mendaftar (tidak tahu bila disuntik).


"Pastikan pemberian vaksin itu berlaku dengan pantas dan cepat. Lebih cepat kita beri maka lebih mudah melandaikan keluk Covid," katanya lagi.


Dalam pada itu, kata Syed Ibrahim, mesyuarat membangkitkan mengenai pembukaan sempadan Johor - Singapura bagi rakyat yang bekerja di sana.


Bagaimanapun beliau mengulangi agar pentadbiran MB Hasmi Mohamad segera mengikutsertakan wakil rakyat pembangkang dalam jawatankuasa pembangunan daerah, jawatankuasa bencana dan sebagainya agar maklumat yang mereka dapat tepat serta seiring dalam usaha membawa bangsa Johor keluar dari pandemik Covid 19.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page