Kerjasama baik Negeri–Persekutuan kunci pembangunan Sabah
- Suara Keadilan

- 1 hour ago
- 1 min read

Rakyat Sabah tidak mudah terpengaruh dengan propaganda politik murah yang tidak membawa manfaat kepada masa depan kehidupan mereka.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa (gambar) berkata tahap kematangan politik pengundi pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri Sabah Ke-17 semakin meningkat kerana mereka kini menuntut ketelusan, akauntabiliti dan agenda pembangunan yang sebenar dari ahli politik.
"Pengundi Sabah juga bersikap terbuka terhadap pemimpin Persekutuan dan mampu menilai isu berdasarkan fakta. Ia terbukti apabila kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di beberapa kawasan menerima sambutan yang amat menggalakkan," katanya dipetik.
Sementara itu jelasnya, pembangunan di Sabah perlu bergerak selari dengan agenda utama negara bagi memastikan kemajuan jangka panjang.
Justeru hubungan baik antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan perlu diperkukuh kerana ia adalah kunci kepada keterangkuman ekonomi dan peningkatan infrastruktur.
"Sabah berhak menerima pembangunan yang sejajar dengan pertumbuhan nasional. Kerjasama antara kedua-dua peringkat kerajaan adalah kunci kepada keterangkuman ekonomi dan peningkatan infrastruktur di Sabah," tambahnya.
Dr Zaliha juga menggesa sesetengah pihak agar tidak menjadikan isu peruntukan hasil cukai 40% Sabah sebagai bahan kempen pada pilihanraya kali ini.
Ini kerana perbincangan bagi menyelesaikan itu tersebut telah dimulakan semalam antara Kerajaan Persekutuan dan Setiausaha Negeri Sabah dan proses sedang dijalankan secara teratur dan bukannya melalui retorik politik.









Comments