top of page

'Kerana rasuah barang makin mahal, matawang turun, rakyat ke Singapura cari kerja'



Rakyat Malaysia perlu memikirkan agenda menentang rasuah menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 untuk membebaskan negara daripada jenayah berkenaan yang berleluasa ketika ini.


Menurut Presiden AMANAH, Mohamad Sabu, kerana rasuah pemimpin yang berkuasalah rakyat Malaysia hidup merana dan ekonomi tidak menampakkan pemulihan pasca pandemik Covid 19.


"Perbelanjaan tiris makin teruk maka Malaysia dalam suasana tidak baik. Matawang semakin menurun. Saya pergi Singapura naik teksi dok tengok meter, mula mula SGD15, naik SGD20 terkejut, dah dekat RM66. Sehari kita berjalan jumpa orang itu ini perbelajaan dekat RM400.


"Makan pun kita pesan mee goreng SGD4 sudah RM12. Sekarang ini di Singapura tukang sapu sampah tak lama lagi dibayar SGD3,000 hampir RM10,000. Boleh hampir sama elaun ADUN di Negeri Sembilan. Oleh itu sapa tak dapat jadi calon PRU akan datang, boleh jadi tukang sapu di singapura .


"Saya nak gambarkan di sini bagaimana nilai matawang mereka begitu tinggi menyebabkan rakan kita di Johor dan rakyat Malaysia ribuan setiap hari mencari nafkah di Singapura.


"Kenapa Singapura boleh maju. Apa hasil dia ada? Hasil paling tinggi ialah indeks rasuah mereka di antara top 10," kata Mat Sabu dalam ceramah Sambutan Hari Malaysia Pakatan Harapan (PH) yang berlangsung di Dataran Melang, Kuala Pilah, malam tadi.


Beliau juga penceritakan pengalaman ke Indonesia yang sarat rasuah, malah apabila tiba di lapangan terbang sekali pun telah diminta 'wang sampingan' pada era pemerintahan Presiden Suharto.


"Indonesia semua tahu rasuah cukup hebat. Cop pasport kena rasuah. Berlaku reformasi, naik pemimpin selepas Suharto sampai Jokowi, kita pergi ke lapangan terbang tak ada lagi yang minta rasuah. Zaman Pak Harto rasuah bukan bawah meja, dengan meja meja sekali.


"Mereka lawan rasuah. Beribu gabenor, wakil rakyat masuk jel. Ekonomi Indonesia berkembang sekarang.


"China sebuah negeri cukup ke belakang. Zaman Deng Xio Peng mereka tembak mati perasuah, daripada satu mangkuk makanan dikongsi makan tiga beranak, sekarang tiga beranak itu naik Mercedes atau Audi.


"Malaysia harimau Asia dalam ekonomi sekarang sedang jadi tikus kerana rasuah meningkat. Orang Melayu saya harap ambil berat hal rasuah ini sebab yang akhirnya yag menderita ialah kita," katanya.



Oleh itu, Ahli Parlimen Kota Raja itu menyeru agar rakyat membuka minda melihat bekas Perdana Menteri Najib Razak dipenjarakan kerana rasuah, apakah penyebabnya?


Tidak lain, katanya kerana PH berjaya memerintah pada 2018. Biar pun hanya 22 bulan, kerajaan mampu mengheret ke mahkamah pihak yang terlibat rasuah, dan jika diberi peluang sepenggal maka banyak pembaharuan dapat dilihat rakyat.


Justeru beliau menggesa rakyat yang akan mengundi sama adam pada tahun ini atau tahun hadapan agar memilih dengan betul.


"Mengundi bukan perkara main main, ia kerja cukup tinggi nilainya, menentukan masa depan kita rakyat Malaysia.


"Minggu lepas lihat dengan mata kepala bekas PM berehat dalam penjara, isterinya mengetuk pintu penjara. Akan diikuti lagi oleh pemimpin yang lain. Kenapa mereka dipenjara?


"Mandela tentang dasar apartheid, dia dipenjara lebih 20 tahun. Ada orang yang dipenjara kerana mencuri nak samakan diri dengan Mandela?


"Seitap wanita suka perhiasan, tetapi kalau beg tangan 350 biji nak letak di tangan mana?


"Ini tanda pembaziran yang mereka lakukan dengan wang rakyat. Orang Melayu - Islam masih rendah pengetahuan terhadap rasuah dan bahaya rasuah," katanya lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page