top of page

Kerajaan tumpu selesai isu sekolah daif - PM



Masalah sekolah daif di seluruh negara akan diselesaikan demi kebajikan anak-anak selain meningkatkan mutu pendidikan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu majlis hi-tea di Seri Perdana pada Sabtu


Beliau berkata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek diarah menyenaraikan sekolah daif yang perlu diperbaiki.


"Tumpuan kita tentu perbaiki mutu (pendidikan) dan menyelesaikan (isu sekolah daif) supaya jangan ada rakyat, baik orang Penan dan Dayak di pedalaman Sarawak, India di Ijok, Melayu di Manek Urai, termasuk kategori miskin.


"Jadi, saya beritahu menteri mana sahaja sekolah daif harus disenaraikan tanpa kira jenis sekolah, tanpa kira jenis daerah, tanpa kira siapa pelajarnya. Tanggungjawab kita mulai tahun ini, akan pastikan tumpuan khusus untuk perbaiki semua sekolah daif dalam negara," katanya.

Sementara itu, ketika menyentuh mengenai bahasa beliau menegaskan tiada masalah untuk mana-mana pihak mempertahan bahasa ibunda mereka, ini kerana penguasaan bahasa lain menurut Anwar dianggap ilmu yang akan memberi faedah kepada negara.


Namun dalam masa sama kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan seperti dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan perlu dihormati, malah wajar dikuasai dengan baik bagi mencerminkan kesepakatan serta perpaduan rakyat di negara ini.


"Kedudukan bahasa Melayu itu (adalah sebagai) bahasa rasmi, bahasa kebangsaan maka penguasaannya harus baik dalam kalangan rakyat, yang itu saya tidak marah langsung.


"Kalau ada sekolah aliran Cina, Tamil atau swasta nyatakan nak kurang beri tumpuan kepada bahasa kebangsaan, saya tidak akan izinkan," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page