top of page

Kerajaan tidak kompromi kegiatan perniagaan haram warga asing

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 13
  • 1 min read

Kerajaan MADANI tidak akan berkompromi dengan kegiatan perniagaan haram yang menjejaskan peluang serta pendapatan usahawan tempatan.


Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Sim Tze Tzin (gambar) berkata, kementerian itu akan memantau rapat kegiatan perniagaan serta perdagangan haram yang dijalankan warga asing di negara ini.


Tegasnya, langkah drastik berkenaan dilaksana bertujuan melindungi sektor perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan daripada persaingan tidak adil.


"Pemantauan itu selaras arahan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya tindakan penguatkuasaan bersepadu dilaksana terhadap kegiatan perniagaan haram khususnya membabitkan warga asing yang melanggar undang-undang negara.


"Perdana Menteri mendengar suara pemain industri yang berdepan persaingan tidak adil," katanya dipetik.


Beliau berkata begitu dalam sidang media selepas Majlis Dialog bersama Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang (PCCC), di George Town pada Jumaat.


Perdana Menteri, pada Isnin lalu mengarahkan semua kementerian dan agensi penguatkuasa mengambil tindakan tegas dan menyeluruh bagi membanteras perniagaan haram yang dikendalikan oleh warga asing.


Arahan ini dibuat susulan kebimbangan terhadap kebanjiran warga asing yang menyalahgunakan visa pelawat serta pelajar untuk menjalankan perniagaan termasuk dalam sektor PMKS.

1 Comment


Ken Ken
Ken Ken
Jun 13

Please walk the talk. They keep muliplying. Too many of them around now and this affects locals.

Like

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page