top of page

Kerajaan tidak cadang kawal program 'podcast' - Fahmi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Sep 7, 2024
  • 1 min read

ree

Kerajaan tidak bercadang mewujudkan sekatan atau kawal selia terhadap program 'podcast' atau audio siar yang semakin meluas di Malaysia


Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata kerajaan tidak melihat kewujudan terlalu banyak perkongsian menerusi platform digital itu sebagai masalah.


Namun tegasnya, tindakan akan hanya dikenakan sekiranya ada pihak yang berkongsi kandungan tidak wajar melalui kemudahan itu.


"Kerajaan belum berhasrat mengenakan sekatan ataupun rangka kawal selia terhadap penghasil kandungan audio siar.

"Mungkin pengguna merasakan ada lambakan podcast, tapi pada masa sama orang akan mendengar kandungan yang diminati.


"Sebagai permulaan, kita teruskan dan tak nampak benda itu ada masalah. Namun, sekiranya ada kandungan yang menimbulkan apa-apa isu sudah pasti pihak berkuasa akan mengambil tindakan wajar berdasarkan undang-undang sedia ada," katanya dipetik.


Fahmi sebelumnya ditemui pemberita pada majlis pelancaran KITA FM dan Podcast Creators Fund di Syok Fest 2024 di Setia City Park, di Shah Alam pada Jumaat.


Syok Fest 2024 memperkenalkan Podcast Creators Fund yang menyediakan Dana SYOK sebanyak RM20,000 untuk empat podcaster terbaik.


Dana itu akan diberikan kepada podcaster terpilih dan kandungan mereka akan dimuat naik di platform rasmi SYOK untuk memberi peluang berkongsi kreativiti dengan khalayak dengan lebih luas.


Sementara itu Fahmi menyatakan rasa bangga apabila program-program audio siar semakin berkembang tidak hanya menjadi sumber maklumat, tetapi alat pembentukan masyarakat positif.


Justeru, katanya, pihaknya akan melihat usaha yang boleh diambil bagi memupuk dan menggalakkan minat dalam penghasilan kandungan berkualiti.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page