top of page

Kerajaan tekad pelihara institusi beraja dari diganggugugat



Kerajaan Perpaduan bertekad memelihara kemuliaan dan maruah institusi raja berperlembagaan daripada diganggugat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.


Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata institusi raja di negara ini merupakan payung kepada keharmonian rakyat tidak harus dipersendakan walau atas nama kebebasan sekali pun.


"Mewakili Jemaah Menteri dan seluruh rakyat Malaysia, patik ingin menzahirkan sekalung penghargaan kepada Tuanku sejak

bersemayam di atas takhta dalam menzahirkan sikap keprihatinan yang tinggi.


"Raja laksana pohon dan tentunya institusi ini mesti tersemat dipelihara dengan baik dan Kerajaan tidak akan bertolak ansur atau membenarkan sistem beraja diperolok dan diganggugugat atas nama kebebasan. Lantaran itu, Kerajaan pastinya akan mempertahankan dengan memastikan tindakan yang setimpal akan diambil ke atas manamana pihak yang cuba mengancam sistem beraja dan keluhuran Perlembagaan.


"Sesuai dengan bidalan Melayu bahawa, “Biar patah dayung di tangan, dengan jari ku kayuh jua”," katanya ketika merafak sembah ucapan tahniah pada Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2023 di Istana Negara di Kuala Lumpur, hari ini.


Selain itu, PM juga memaklumkan kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengenai azam “Membangun Malaysia Madani” yang akan diusahakan memacu pertumbuhan ekonomi dan mempertahankan keadilan serta nilai murni manusiawi.


Belanjawan Malaysia Madani 2023, katanya, telah diluluskan sebulat suara pada Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen Kelima Belas lalu. Maka seterusnya adalah usaha ke arah pelaksanaan 3 Tekad dan 12 Ikhtiar Utama Belanjawan Madani terutama dalam bidang keterjaminan makanan, ekonomi digital, peranan IKS dan menoktah kemiskinan tegar.


"Kebijakan ekonomi yang direncanakan oleh Jemaah Menteri, penjawat awam dan sektor swasta telah melonjak pertumbuhan ke 5.6% KDNK dan jumlah pelaburan RM71.4 bilion berjaya diperoleh pada suku pertama 2023.


"Dengan penuh tawaddu’, pimpinan Kerajaan akui bahawa cabaran di hari muka tetap mencabar. Dunia masih bergelut dengan adu kuasa dan peperangan. Kerancakan perdagangan ekonomi sejagat kian terbantut, dan krisis iklim serta persekitaran berada di tahap genting.


"Arakian, yang dituntut adalah merangka dasar negara yang lebih kental dan ampuh. InshaAllah, Pelan Perindustrian Negara akan diluncurkan pada bulan Ogos ini, Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 pada akhir September dan Belanjawan Madani kedua pada bulan Oktober, kesemuanya tatkala Tuanku masih bersemayam di atas singgahsana negara," katanya.


PM turut memaklumkan, selain usaha pemulihan ekonomi Kerajaan Perpaduan juga menumpukan usaha menangani isu kos sara hidup, kenaikan harga barang selain memastikan keterjaminan makanan yang kini menjadi fenomena di seluruh dunia.


Beberapa pendekatan seperti Konsep Payung Rahmah, Karnival Jualan Aidilfitri, keusahawanan, inovasi sosial seperti Inisiatif Pendapatan Rakyat, katanya, merupakan sebahagian ikhtiar untuk membantu rakyat telah mendapat sambutan yang menggalakkan.


Malaysia juga, kata PM, akan terus berperanan dengan lebih aktif dalam menyuarakan pendirian serta memelihara kepentingan negara di forum-forum antarabangsa khususnya dalam isu-isu kedaulatan negara, kemanusiaan, keselamatan dan pengurusan bencana. Sumbangan Tuanku dalam mengangkat kepentingan negara dalam bidang diplomatik dan pelaburan amat dihargai.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page