top of page

Kerajaan PN tiada keabsahan, PM Mahiaddin tidak wajar diberi lebih banyak peluang - GBMRM


Kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak perlu terus mencari-cari dalih untuk bertahan lebih lama setelah kehilangan keabsahannya berikutan sekutu utama gabungan itu, Umno menarik kembali sokongan pada 7 Julai lalu.


Koordinator Gabungan Bertindak Memorandum Rakyat Malaysia (GBMRM) Mustapha Mansor Amer Mohd Isa berkata, oleh kerana Umno asalnya menyokong PN secara en blok maka dengan perisytiharan tersebut PN telah pun tumbang dan tidak lagi boleh dianggap kerajaan yang sah menurut Perlembagaan


"Walaupun cuba disukarkan pemahamannya (kerajaan belum tumbang) oleh Peguam Negara tetapi banyak pakar-pakar Perlembagaan termasuk Prof Dr Aziz Bari mengatakan setelah ditarik sokongan oleh Umno maka (jelas) PN bukan lagi kerajaan yang sah," katanya di luar kawasan Istana Negara setelah menyerahkan memorandum daripada kira-kira 40 NGO mendesak PM Mahiaddin Yassin meletak jawatan kepada wakil Yang di-Pertuan Agong, tengah hari tadi.


Wakil Agong menerima memo daripada Mustapha dan Dr Mai

Menurut Mustapha, kesan kerajaan yang tidak absah itu adalah longgarnya strategi memerangi Covid 19 yang kelihatan semakin bercelaru akibat ahli-ahli politik sibuk mempertahankan jawatan, berbanding fokus menyelesaikan masalah pandemik.


"Siapakah yang perlu bertanggungjawab sekarang dengan keadaan kes Covid yang meningkat? Dengan bunuh diri yang meningkat? Tak pernah terjadi dalam sejarah Malaysia sejak merdeka negara kita dilanda masalah seperti ini


"Kalau Covid kita faham seluruh dunia menghadapi masalah tersebut. Tetapi bunuh diri sangat membimbangkan. Kita sebagai rakyat Malaysia patut rasa prihatin dengan keadaan ini," ujarnya.


Tambah Mustapha, bukan sahaja Ahli-ahli Parlimen pembangkang yang menuntut kerajaan PN berundur segera malah dalam seminggu kebelakangan ini pelbagai NGO dan rakyat biasa yang telah muak dengan politik melampau menyuarakan tuntutan agar Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Yassin segera meletak jawatan.


"Sudah sampai masanya kerajaan yang tidak ada keabsahan berundur secara kehormat. Bukan lagi diminta oleh parti-parti politik, tetapi diminta juga oleh NGO dan rakyat Malaysia


"Peluang yang diberikan oleh rakyat kepada PN lebih dari setahun. Rasanya sudah sampai ke tahap di mana kalau diteruskan (pentadbiran Mahiaddin), mudaratnya akan lebih besar.


"Saya menyeru kepada seluruh rakyat sekiranya tiada perubahan sehingga hari Jumaat ini, PM tidak juga mahu undur secara terhormat maka kita seru rakyat seluruh negara angkat bendera putih, pakai baju putih, pakai kain putih, menandakan kita mahukan solidariti seluruh rakyat," katanya.


Beliau menambah, solidariti tersebut juga ditujukan kepada rakyat Malaysia yang telah meninggal dunia berikutan pandemik Covid 19 dan keluarga individu yang membunuh diri akibat tekanan perasaan melampau sepanjang pandemik.


Mustapha turut berharap Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu memberi pertimbangan serius terhadap memorandum rakyat dihatar dan bertindak mengikut kebijhaksanaan Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja Melayu.


Isa kandungan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong seperti berikut:


MEMORANDUM RAKYAT KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG DI ISTANA NEGARA & KE BAWAH DULI RAJA-RAJA MELAYU DI ISTANA DI SETIAP NEGERI.

Ampun Tuanku,


1. Kami memohon agar ke bawah Duli Tuanku mengambil langkah tegas terhadap kerajaan PN kerana tidak menghormati Demokrasi Berpalimen dan Raja Berpelembagaan seperti yang Tuanku titahkan. Ternyata kerajaan PN tidak menghormati titah Tuanku ini kerana sehingga ke hari ini kerajaan PN masih mahu berkuasa meskipun sudah tiada lagi mempunyai majoriti sokongan ahli-ahli parlimen.


2. Sepatutnya apabila beliau sudah hilang majoriti, Perdana Menteri mestilah meletakkan jawatan serta merta. Tetapi sehingga hari ni beliau masih menganggap beliau masih Perdana Menteri yang sah. Oleh itu kami memberikan tempoh selewat lewatnya sehingga 16 Julai 2021 (Hari Jumaat) untuk beliau meletakkan jawatan.


3. Perdana Menteri yang sudah hilang majoriti mestilah meletakkan jawatan serta merta dan menyerahkan kuasa kepada pengganti yang mempunyai majoriti didalam Dewan Parlimen atau menyerahkan jawatan kepada Baginda Tuanku.


4. Jika Perdana Menteri masih enggan untuk meletakkan jawatan sebagaimana yang telah termaktub di dalam Perlembagaan, kami (rakyat) akan berhimpun secara aman diseluruh Malaysia pada hari Sabtu 17 Julai 2021 dengan mengikut S.O.P.


5. Sebagaimana semua maklum rakyat Tuanku sedang mengalami tekanan hidup yang paling serius disamping tekanan emosi ekoran dari hilangnya punca pendapatan, keruntuhan rumah tangga termasuk meningkatnya kes perceraian , dan insiden bunuh diri ( melebihi 1000 orang) yang mencapai tahap yang begitu membimbangkan. Langkah ini kami ambil kerana kami tidak nampak wujudnya cara lain bagi memulihkan keadaan derita hidup rakyat di Negara ini sehingga kini.


Di bawah patik sertakan salinan kenyataan media dan laporan polis berkaitan isu ini.


NGO-NGO yang mengesahkan:


1. Masssa (Pertubuhan Solidariti Madani Malaysia).


2. Wanita Sepakat (Sepakat Peduli Membawa Berkat).


3. Otai Reformis 1998.


4. GMPN (veteran tentera).


5. Wadah.


6. Suara prihatin Rakyat Malaysia.


7. Pertubuhan Pelancungan Muslim Perak.


8.Jaringan Maufakat Ngos Islam Perak.


9. Pertubuhan Jalinan Amal Rakyat Taiping.

10. Pertubuhan Komuniti Sejahtera Aman Perak.


11.Persatuan Integrasi Kebajikan Kinta Perak.


12. Pertubuhan Harapan Sejahtera Larut Matang dan Selama Perak.


13.Pertubuhan Jalinan Mesra Rakyat Larut.


14. Pertubuhan Rapat Rakyat (RAPAT)


15 .PERTUBUHAN SUARA RAKYAT SIPITANG.


16. Sekretariat Muafakat.


17. Pertubuhan Suara Rakyat Sipitang.


18. Persatuan Menyumpit Murut Dayak Sabah.


19. PERTUBUHAN KEBAJIKAN DAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT SABAH


20. Persatuan Penduduk Kg. Buang Sayang


21. Pertubuhan Peneraju dan Pemerkasaan Wanita Sabah


21. Pertubuhan Sinar Wanita Sabah (PERSIWAS)


22. Pertubuhan Sinar Qaseh Labuan.


23. Persatuan Anak Sabah di Perantauan.


24. Persatuan Penduduk Asli Sabah (Pepas).


25.PERSATUAN KEBAJIKAN & KEBUDAYAAN MURUT MALAYSIA .


26.Persatuan Insan Prihatin Sabah.


27. Persatuan Prihatin Kuala Lumpur.


28. MJMM


29. GRVATM


30.Pertubuhan sukarelawan komuniti harapan malaysia.(Harap Malaysia)


31. Persatuan kebajikan orang orang miskin seMalaysia.


32.Pertubuhan Gerak Aktif Sosioekonomi & Amal Kebajikan (GASAK)


33. Persatuan Kebajikan Komuniti Murni Ipoh Perak.


34. Gerakan Martabat Pejuang Negara


35.PERSATUAN AMAL KASIH SAYANG KOMUNITI MANJUNG PERAK


36. IMAN (Interactive Muslimah Association)



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page